alcatel pixi 3

Alcatel Akan Memperkenalkan Tablet Pertama Mereka Dengan Windows 10 Di CES2016. Dinamakan Alcatel Pixi 3, Hadir Dengan Skrin 8.0 Inci Dan Harga Mampu Milik.

Hanya berbaki beberapa hari sahaja lagi sebelum berlansungnya CES 2016 yang bakal membuka tirai pada 6 Januari ini, Alcatel telah mendedahkan beberapa model yang akan diperkenalkan pada acara tersebut. Salah satu daripadanya ialah Alcatel Pixi 3 yang merupakan tablet pertama dengan Windows 10 dari Alcatel.

Selain dari platform yang digunakan, tidak banyak maklumat yang didedahkan. Namun, dari maklumat yang tertiris, tablet ini hadir dengan skrin bersaiz 8.0 inci dan akan bersaing dengan tablet entry-level yang lain. Ia juga dijangka hadir dengan Flip Stand Cover khas serta berkemampuan membuat panggilan suara, kawalan TV, GPS serta kamera di kedua-dua bahagian hadapan dan belakang. 

Mengenai harga dan tarikh pasaran  Alcatel Pixi 3 masih lagi belum didedahkan. Ia akan diumumkan pada CES 2016 kelak.

Selain dari Alcatel Pixi 3, Alcatel dijangka akan turut memperkenalkan model baru dari siri Alcatel Pixi 4 yang merangkumi smartphone bersaiz 3.5 inci, 4.0 inci, sebuah phablet bersaiz 6.0 inci serta sebuah tablet Android bersaiz 7.0 inci.

Tidak lupa juga, Alcatel akan memperkenalkan jam pintar khas untuk kanak-kanak yang dinamakan CareTime Watch bagi memantau kanak-kanak. Ia memiliki rangkaian selular yang membolehkan Ibu Bapa membuat panggilan atau mesej secara terus kepada anak mereka. Ia juga memiliki GPS bagi menjejak lokasi dimana anak mereka berada.

Sumber : FirstPost