Xiaomi Mi 5

Xiaomi MI 5 Akan Diumumkan Selepas Tahun Baru China iaitu Pada 8 Febuari. Spesifikasi Hadir Dengan Snapdragon 820, Paparan 5.2 Inci Dan Kamera 16 Megapixel.

Xiaomi dilihat telah bersedia untuk memperbaharui peranti perdananya Xiaomi Mi4 yang dilancarkan pada July 2014 yang lalu. Menurut Li Wanqiang yang merupakan pengasas bersama Xiaomi, Xiaomi Mi 5 kini didalam fasa pengeluaran dan akan dilancarkan selepas Tahun Baru China atau lebih tepat lagi pada 8 Febuari ini. 

Spesifikasinya juga telah dipastikan antaranya termasuk penggunaan pemproses Qualcomm Snapdragon 820 yang baru sahaja dilancarkan hari ini di CES2016 dan mungkin Xiaomi Mi 5 menjadi peranti kedua yang akan menggunakan cip ini selepas LeTV Max Pro.

Lagi mengenai spesifikasi Xiaomi Mi 5 yang dijangka hadir dengan skrin bersaiz 5.2 inci dengan resolusi Quad-HD. Didalamnya pula turut dilengkapi dengan 4GB RAM, pilihan memori dalaman sebesar 32 atau 64 GB serta kapasiti bateri yang cukup besar iaitu 3600 mAH.

Kameranya pula akan dinaik taraf kepada 16 Megaixel di bahagian belakang manakala 13 Megapixel kamera untuk selfie. Peranti ini juga akan hadir dengan rekaan penuh  dari logam yang terbina dengan pengimbas cap jari di bahagian hadapan.

Sumber : AndroidCentral