[AdsFB]
Tips, Teknik Serta Perkara Menarik Yang Boleh Dibuat Menggunakan Chromecast Termasuk Mononton Video Dari Hard Disk, Fungsi Mirroring Dan Tab Casting.
[AdsLink]Chromecast merupakan sebuah peranti untuk membawa kandungan dari Smartphone atau PC terus ke kaca TV. Ini bermakna anda boleh menonton sebarang video di PC atau Smartphone ke TV dengan mudah. Cuma, ia hanya menyokong pada TV yang memiliki sambungan HDMI dan capaian Internet yang stabil dan pantas.
Bagi harganya pula, ia dijual sekitar RM170 untuk pasaran Malaysia yang boleh dibeli melalui Maxis atau Lazada Malaysia untuk model generasi yang pertama. Bagi Chromecast Generasi Ke-2 yag dilancarkan bersama Chromecast Audio sebelum ini masih lagi belum memasuki pasaran Malaysia.
Kami juga telah mencubanya dengan menggunakan talian tetap internet Streamyx berkelajuan 2Mbps dan ia adalah lancar walaupun untuk tontonan video HD. Jadi untuk pengguna Unify atau pengguna yang memiliki kelajuan yang lebih tinggi sudah tentunya tidak ada sebarang masalah. Cuma pastikan Smartphone dan Chromecast anda disambung ke rangkaian Wifi yang sama. [AdsPost]
Bagi memiliki peranti ini sudah tentunya telah mencuba dengan sambungan ke Youtube atau aplikasi-aplikasi yang menyokongnya. Namun tahukah anda, fungsi Chromecast lebih dari itu?. Selain sambungan ke Youtube, anda juga boleh mainkan sebarang Video local dari PC atau Smartphone anda, Mainkan sebarang laman video dari Internet, Bermain game Smartphone ke TV dengan teknik Mirroring dan banyak lagi. Dibawah merupakan perkara menarik yang boleh dibuat dengan Chromecast serta Tips-Tips Chromecast.
Tonton Youtube, Netflix, iFlix Terus Ke Kaca TV
Perkara pertama yang anda lakuakan sekiranya memiliki Chromecast sudah tentunya cuba menonton kandungan video dari Youtube Netflix atau iFlix ke TV anda. Aplikasi-aplikasi ini menyokong sepenuhnya penggunaan Chromecast dan hanya perlu menekan butang Cast pada yang terdapat pada aplikasi tersebut. Netflix juga telah dilancarkan untuk penggunaan di Malaysia serendah RM33 sebulan. Begitu juga iFlix yang ditawarkan dengan harga serendah RM8 sebulan. Jadi lebih banyak pilihan untuk anda bagi mendapatkan Movie atau Drama kesukaan.
Fungsi Mirroring – Jadikan TV anda Sebagai Paparan Ke-Dua
Kadangkala kita sedar yang paparan peranti kita agak kecil untuk tontonan movie, untuk permainan atau melakukan sebarang kerja. Dengan adanya fungsi Mirroring ini membolehkan paparan smartphone anda dipaparkan terus ke kaca TV melalui Chromecast. Caranya begitu mudah, dengan menggunakan aplikasi Chromecast pada smartphone dan pilih “Cast Screen/Audio” pada bahagian Setting.
Fungsi Mirroring juga amat sesuai digunakan pada aplikas-aplikasi yang tidak menyokong Chromecast. Cara ini juga boleh dilakukan untuk menonton video-video local yang terdapat pada peranti anda. Malah, Jika anda ingin membuat perbentangan Slide tidak perlu lagi membawa laptop. Hanya perlu sambungkan Chromecast pada TV atau Projektor dan sambung ke Smartphone anda yang memaparkan Slide tersebut.
Tab Casting – Tonton Sebarang Video Di Internet Terus Ke TV
Tab Casting merupakan salah satu fungsi yang kami minati. Memang diakui bukan semua video di Internet menyokong fungsi Chromecast terutamanya pada Komputer. Untuk Komputer Desktop, hanya laman-laman popular seperti Youtube dan Vimeo yang menyokong penggunaan Chromecast secara terus dengan hanya menekan butang Castpada pelayar videonya.
Dengan adanya fungsi Tab Casting ini anda boleh menonton segala video di internet dengan mudah termasuk yang sokongan video Flash Player. Caranya begitu mudah dengan memasang Plugin Google Cast di pelayar Chrome anda. Kemudian pilih laman web yang ingin dipaparkan ke TV dan klik pada butang Google Cast pada bahagian atas kanan untuk disambung ke Chromecast. Jadi, tidak ada masalah lagi untuk menonton Anime, Movie atau sebarang kandungan Internet terus ke TV.
Tonton Video Local Dari PC Atau Peranti Android Terus Ke TV
Untuk PC, Chromecast hanya menyokong penggunaan dari pelayar web Chrome sahaja. Jadi sudah tentunya ia hanya sesuai untuk tontonan video dari kandungan online sahaja. Namun ia tidak bermakna anda tidak boleh menonton Movie atau video local dari Hard Disk anda. Cuma, anda perlu memasang Aplikasi yang dinamakan Videostream pada pelayar Chrome. Setelah pasang, hanya tekan “Choose A Video” bagi memilih video local untuk dimainkan pada TV. Dan sudah tentunya anda juga perlu memasang plugin Google Cast untuk menyambung ke TV.
Untuk peranti Android pula lebih mudah untuk menonton video local ke TV melalui Chromecast. Anda hanya perlu memasang aplikasi BubbleUPnP pada peranti anda. Kemudian, sambung ke Chromecast dan pilih fail video yang ingin dimainkan ke kaca TV.