Asus Zenfone Max Malaysia

Asus Zenfone Max Denagn Kapasiti Bateri Sebesar 5000 mAh Kini Di Malaysia. Harga Asus Zenfone Max Dari RM899.

Baru-baru ini, Asus Malaysia telah melancarkan Asus Zenfone Max untuk pasaran tempatan. Ia akan dijual dengan harga Asus Zenfone Max dari RM899 seunit yang boleh didapati dalam warna hitam. Ia telah dilancarkan bersama-sama beberapa model Asus yang lain termasuk Asus Zenfone Zoom yang kini dipasaran dengan harga RM1899.

Seperti namanya, perkataan “Max” pada nama Asus Zenfone Max bukanlah merujuk kepada peranti yang besar atau pada skrin yang besar. Tetapi ia merujuk kepada kapasiti bateri yang cukup besar iaitu 5000mAh. Menurut Asus, peranti ini berkebolehan bertahan sehingga 38 hari tanpa penggunaan, 37.6 jam masa berbual, 32.5 jam dengan melayari internet serta 22.6 jam masa mainan video. 

Bukan itu saja, Asus Zenfone Max berkebolehan dijadikan sebagai Power Bank untuk memberikan tenaganya kepada peranti yang lain melalui sambungan USB On-The-Go (OTG).

Asus Zenfone Max Malaysia

Untuk spesifikasi yang lain, Asus Zenfone Max lebih mengfokuskan kepada peranti kelas pertengahan. Secara keseluruhannya spesifikasi yang ditawarkan adalah setimpal dengan harganya. Asus Zenfone Max membawakan skrin sebesar 5.5 inci dengan resolusi 720 x 1280 pixels dan dilindungi oleh lapisan Corning Gorilla Glass 3.

Seperti biasa, sudah tentunya Asus membawakan antaramuka ZenUI yang berasaskan  Android 5.0 (Lollipop). Anda tidak perlu risau mengenai kemaskini Marshmallow kerana Asus Zenfone Max telah tersenarai sebagai salah satu peranti yang akan menerima kemaskini Android 6.0 Marshmallow. Cuma tarikh dan waktu yang masih belum diketahui. 

Spesifikasi Asus ZenFone Max ZC550KL
Platform Android 5.0 (Lollipop)
Pemproses Qualcomm MSM8916 Snapdragon 410, Quad-core 1.2 GHz Cortex-A53
Memori 16 GB, 2 GB RAM, Sokongan microSD sehingga 128 GB
Paparan 5.5 inches, 720 x 1280 pixels, Corning Gorilla Glass 4
Kamera Utama 13 Megapixel, F2.0, Laser Autofocus, Dual-LED Flash
Kamera Depan 5 Megapixel , F2.0
Ciri-Ciri
  • Bateri Li-Ion 5000 mAh battery
  • Warna Hitam
  • Sambungan 4G LTE Dengan Dual SIM (Micro-SIM)
Harga Di Malaysia RM899
Kelebihan
  • Kapasiti Bateri yang cukup besar serta jangka hayat yang lebih tahan lama.
  • Boleh dijadikan sebagai Power Bank untuk peranti lain
  • Memiliki Kamera dengan Laser Autofokus
  • Sokongan Dual SIM dan LTE
  • Memiliki perlindungan skrin Corning Gorilla Glass 4
Kekurangan
  • Tidak memiliki pengimbas cap jari dan juga sambungan USB Type-C
  • Tidak menyokong NFC
Dapatkan Asus ZenFone Max Melalui Lazada Malaysia Beli Sekarang

Untuk kamera pula, Asus Zenfone Max dilengkapi dengan 13 Megapixel kamera dengan teknologi PixelMaster 2.0 seperti kebanyakan keluaran Asus Zenfone 2015. Cuma, terdapat ciri-ciri tambahan untuk model baru ini seperti Laser Autofocus yang sangat membantu mendapatkan fokus yang terbaik. Antara ciri-ciri lain yang hadir bersama termasuk Dual-LED Flash, mod HDR, Panorama serta berkebolehan merakam video HD 1080P.

Baca : Senarai Harga Asus Terkini di Malaysia

Asus Zenfone Max memiliki pakej lengkap bagi sebuah peranti kelas pertengahan. Harga yang ditawarkan juga tidaklah terlalu tinggi berbanding jenama lain yang menawarkan spesifikasi yang hampir sama. Mungkin kita bandingkan dengan model Lenovo Vibe P1 yang menawarkan kapasiti bateri yang sama iaitu 5000mAh, namun harganya mencecah RM1199 dengan kelebihan pada pengimbas cap jari dan pemproses yang lebih baik.