[AdsFB]
Alcatel Mengumumkan Dua Peranti Premium Alcatel Idol 4S Dan Alcatel Idol 4 Yang Hadir Dengan Pakej Virtual Reality (VR)
Jika sebelum ini Alcatel lebih banyak mengeluarkan peranti pertengahan dan model mampu milik dari bahan poly-carbonate yang berwarna-warni. Namun pada tahun ini Alcatel telah memulakan langkah baru dalam industri telefon pintar mereka. Mereka telah memperkenalkan Logo baru sebelum ini, mereka juga telah menggugurkan nama OneTouch pada produk telefon pintar mereka. Terbaru, mereka memperkenalkan dua smartphone baru untuk tahun 2016 iaitu Alcatel Idol 4S dan Alcatel Idol 4. [AdsPost]
Luarannya Alcatel Idol 4S dan Idol 4 seolah-olah sebuah peranti perdana yang lain. Namun, ia sebenarnya lebih mengfokuskan pada pasaran pertengahan. Spesifikasinya juga meyakinkan dimana kedua-duanya memiliki perbezaaan dari segi saiz paparan, kamera, prestasi, kapasiti bateri dan sebagainya. Spesifikasi keseluruhannya dan perbandingan antara Alcatel Idol 4S Dan Idol 4 seperti dibawah.
Alcatel Idol 4S | Alcatel Idol 4 | |
---|---|---|
Platform | Android 6.0.1 (Marshmallow) | Android 6.0.1 (Marshmallow) |
Pemproses | Qualcomm MSM8976 Snapdragon 652 | Qualcomm MSM8952 Snapdragon 617 |
Paparan | 5.5 Inci, 1440 x 2560 pixels | 5.2 Inci, 1080 x 1920 pixels |
Memori | 3 GB RAM, 32 GB Internal, microSD | 2/3 GB RAM, 16 GB Internal, microSD |
Kamera |
|
|
Rangkaian | 4G LTE, Dual SIM (Nano SIM) | 4G LTE, Dual SIM (Nano SIM) |
Bateri | Li-Ion 3000 mAh | Li-Ion 2610 mAh |
Ciri-Ciri |
|
|
Haraga | Dijangka Sekitar USD450 (RM1899) | Dijangka Sekitar USD280 (RM1199) |
Selain itu, Alcatel membawakan beberapa ciri-ciri menarik yang terdapat pada kedua-dua model baru ini termasuk penggunaan Dual-Speaker untuk kualiti bunyi yang lebih baik. Ia juga turut dilengkapi dengan fungsi Quick Charge yang boleh di cas penuh hanya sekitar 1 ke 2 jam sahaja. Lebih menarik lagi, ia didatangkan dengan kotak jualan yang boleh diubah menjadi sebuah Virtual Reality (VR).
Baca : Senarai Harga Alcatel Terkini di Malaysia
Buat masa ini, Alcatel masih lagi belum membuat kenyataan rasmi mengenai harga dan tarikh jualan untuk kedua-dua peranti ini. Cuma, ia dianggarkan berharga sekitar USD450 untuk Idol 4S dan USD280 untuk model Idol 4.