[AdsFB]
Huawei MateBook Dilancarkan Untuk Pasaran Tablet Hybrid Dengan Windows 10, Bakal Bersaing Dengan Surface Pro.
Sebelum ini kita telah diperlihatkan sebuah Tablet Hybrid dengan Windows 10 dari Alcatel yang dinamakan Alcatel PLUS 10. Bertempat di MWC 2016, Huawei pula tampil memperkenalkan tablet hybridnya yang dinamakan sebagai Huawei MateBook. Berbeza dengan Alcatel PLUS 10, Huawei MateBook merupakan tablet premium yang bakal bersaing dengan Microsoft Surface Pro 4 untuk kategori yang sama.
Huawei MateBook direka untuk memenuhi sebuah tablet yang terbatas. Ia hadir dengan rekaan yang sangat nipis bagi sebuah tablet 2-dalam-1 dengan ketebalan hanya 6.9 mm. Tambahan pula, ia didatangkan bersama dengan papan kekunci khas yang juga bertindak sebagai pelindung skrin atau casing. Selain itu, Huawei turut memperkenalkan beberapa aksesori khas untuk tablet ini termasuk sebuah stylus dengan laser pointer yang dinamakan MatePen.
Untuk spesifikasi Huawei MateBook, tablet ini dilengkapi dengan skrin 12.0 inci dengan resolusi Quad-HD 2160 x 1440 pixel memberikan kesan paparan yang lebih terang, jelas dan terperinci pada resolusi yang cukup tinggi. [AdsPost]
Spesifikasi Huawei MateBook | |
---|---|
Platform | Windows 10 Home / Windows 10 Pro |
Pemproses | Intel Core M3 / M5 / M7 |
Memori | 128GB / 256GB / 512GB |
RAM | 4GB / 8GB |
Paparan | IPS TFT LCD, 12.0 Inci, 2160 x 1440 pixel |
Kamera Utama | – |
Kamera Depan | 5 Megapixel |
Ciri-Ciri Kamera | Fixed Focus |
Ciri-Ciri |
|
Harga Di Malaysia | Dijangka hadir di Malaysia pada June 2016 dengan harga jualan bermula dari ±RM3000 |
Didalamnya, Tablet berkuasa ini boleh didapati dengan dua pilihan platform sama ada Windows 10 Home atau Pro bergantung pada penggunaan. Huawei juga memberi pilihan pada pengguna untuk memilik cip pemproses mengikut kemampuan dan juga kegunaan. Ia boleh didapati dengan Intel Core M3, M5, atau M7. Ruang memori SSD dan RAM juga diberi pilihan sama ada memilih 128GB, 256GB atau 512GB untuk ruang memori dan 4GB atau 8GB untuk RAM.
Tarikh Jualan Dan Harga Huawei MateBook Di Malaysia
Semasa pelancaran, Huawei turut mendedahkan harga Huawei MateBook dimana ia akan dijual pada harga bermula dari USD699 (±RM3000) sehingga USD1599 (±RM6700) untuk model yang lebih berkuasa. Aksesori tambahan juga dijual berasingan seperti berikut:
- Huawei MatePen — USD59 (±RM249)
- Huawei MateBook Keyboard — USD129 (±RM549)
- Huawei MateBook Dock — USD89 (±RM399)
Untuk tarikh jualan pula masih lagi belum diumumkan secara rasmi. Namun ia dijangka dipasarkan di Malaysia pada suku ke tiga tahun ini. Pengguna Malaysia boleh menyemak harga terkini Huawei di Malaysia untuk mengetahui harga Huawei MateBook apabila dipasaran tempatan kelak.