Harga Lenovo K4 Note Malaysia

Lenovo K4 Note Mula Dijual Di Malaysia. Peranti Berskrin Sebesar 5.5-Inci, Kamera 13 Megapixel Kini Di Malaysia Dengan Harga RM999.

Lenovo Malaysia telah melancarkan model terbaru untuk pasaran 2016 iaitu Lenovo K4 Note. Ia merupakan sebuah phablet bersaiz 5.5 inci dengan resolusi HD1080P. Harga Lenovo K4 Note di Malaysia akan dijual sekitar RM999 yang boleh di dapati bermula hari ini dari pengedar-pengedar rasmi Lenovo.

Lenovo K4 Note membawakan rekaan yang serba baru dari Lenovo yang boleh didapati dalam warna hitam. Phablet kelas pertengahan ini juga turut dilengkapi dengan pengimbas cap jari di bahagian belakang bagi meningkatkan lagi fungsi keselamatan. Di bahagian hadapan pula tertera jelas dual-speaker yang turut dipadukan dengan teknologi Dolby Atmos Sound. 

Spesifikasi Lenovo K4 Note

Secara keseluruhannya, Lenovo K4 Note membawakan spesifikasi pertengahan atas. Dengan harganya yang dibawah RM1000 ia mungkin menjadi pilihan pengguna. Apatah lagi, peranti ini dipadukan dengan cip berkuasa dari Mediatek MT6753 dengan kebolehan CPU Octa-Core 1.3 GHz. Untuk pasaran Malaysia, Lenovo membawa masuk model dengan 16 GB memori terbina serta 3 GB RAM.

Lenovo K4 Note Lenovo K4 Note Lenovo K4 Note

Bagi fungsi fotografi pula, Lenovo K4 Note hadir dengan lensa 13 Megapixel dengan sensor ISOCELL. Kameranya juga membawakan sokongan Dual-LED Flash,  Phase Detection Autofocus (PDAF), Mod HDR serta sokongan rakaman video HD1080P. Di bahagian hadapan pula, peranti ini juga dilengkapi dengan 5 Megapixel kamera untuk Selfie dan juga panggilan video. 

Spesifikasi Lenovo K4 Note sepenuhnya seperti dibawah :-

Spesifikasi Lenovo K4 Note
Platform Android 5.1 (Lollipop)
Pemproses Mediatek MT6753, Octa-Core 1.3 GHz
Memori 16 GB, 3 GB RAM, Sokongan microSD sehingga 128 GB
Paparan 5.5 inches, 1080 x 1920 pixels (FHD), Corning Gorilla Glass 3
Kamera Utama 13 Megapixel, PDAF, HDR, Dual-LED Flash
Kamera Depan 5 Megapixel
Ciri-Ciri
  • Bateri Li-Po 3300 mAh
  • Warna Hitam
  • Sambungan 4G LTE Dengan Dual SIM (Micro-SIM)
  • Pengimbas Cap Jari
  • Stereo Speaker Dengan Teknologi Dolby Atmos Sound
Harga Lenovo K4 Note Di Malaysia RM999
Kelebihan
  • Paparan yang besar dengan resolusi HD Penuh 1080P
  • Pengimbas cap jari untuk jaminan keselamatan
  • Sokongan Dual SIM dengan sambungan 4G LTE
  • Sokongan NFC
  • Dolby Atmos Sound untuk kualiti Sound yang lebih baik
Kekurangan
  • Bateri yang tidak boleh ditukar ganti
Dapatkan Lenovo K4 Note Melalui Lazada Malaysia Beli Sekarang

Harga Lenovo K4 Note Di Malaysia

Lenovo K4 Note telah ditawarkan dengan set Virtual Reality (ANT VR) yang boleh dibeli berasingan dengan harga RM199. Peranti ini lebih mengfokuskan pada penggunan multimedia dengan teknologi Theather Max yang seolah-olah seperti berada di pawagam apabila digunakan bersama set Virtual Reality.

Baca : Senarai Harga Lenovo Terkini Di Malaysia 

Bagi harga Lenovo K4 Note di Malaysia pula, ia akan ditawarkan dengan harga RM999 untuk model 16GB dan 3 GB RAM. Semasa pelancaran, Lenovo turut mengumumkan Lenovo Vibe X3 dengan harga RM1899.