Harga Leagoo Shark 1

Leagoo Malaysia Telah Melancarkan Phablet Bersaiz Besar Di Malaysia. Leagoo Shark 1 Hadir Dengan Skrin 6.0 Inci, Bateri 6300mAh Pada Harga Serendah RM999.

Leagoo telah menambah satu lagi siri baru untuk pasaran Malaysia. Mereka baru saja melancarkan Phablet bersaiz 6.0 incI yang dinamakan sebagai Leagoo Shark 1 untuk pasaran tempatan. Di Malaysia, Leagoo Shark 1 akan dipasarkan dengan harga serendah RM999.

Walaupun dikelaskan sebagai Phablet mampu milik, peranti ini masih lagi mengekalkan beberapa ciri-ciri premium termasuk rekaannya yang kemas dan elegan dengan tiga pilihan warna emas, putih dan hitam.

Untuk skrinnya, peranti ini dimuatkan dengan paparan sebesar 6.0 inci dengan resolusi HD Penuh 1080P. Skrinnya juga telah dilengkapi dengan Corning Gorilla Glass 3 serta lapisan kaca 2.5D untuk kesan lengkung di bahagian sisinya.

Spesifikasi Leagoo Shark 1

Di bahagian dalamnya, peranti ini dipadukan dengan pemproses 64-Bit dari Mediatek dengan kemampuan Octa Core 1.3 Ghz dan Mali-T760 cip grafik. Selain itu, ia turut hadir dengan 16 GB memori dalaman, 3 GB RAM serta sokongan slot microSD sehingga 64 GB.

Harga Leagoo Shark 1 Harga Leagoo Shark 1 Harga Leagoo Shark 1

Leagoo Shark 1 membawakan sistem kamera yang agak baik. Ia dilengkapi dengan 13 Megapixel BSI-2 kamera sensor hasil sentuhan dari Sony. Manakala untuk bahagian hadapan dilengkapi dengan kamera 5 Megapixel untuk Selfie. Kamera utamanya juga membawakan lensa sudut luas dengan 5 lapisan kanta serta bukaan Aperture F2.0 menghasilkan kualiti gambar yang agak baik.

Selain menawarkan paparan yang cukup besar, peranti ini juga hadir dengan kapasiti bateri yang sangat besar iaitu 6300mAh menjadikan ia antara peranti dengan kapasiti bateri terbesar di dunia. Leagoo juga mendakwa bahawa bateri besar ini hanya mengambil masa 1.5 jam untuk dicas dan ia mampu bertahan sehingga 49 jam mainan muzik, 72 jam masa panghilan dan sehingga 770 jam masa sedia.

Spesifikasi Leagoo Shark 1
Platform Android 5.1 (Lollipop)
Pemproses MediaTek 64-bit Octa-Core 1.3 GHz
Memori
  • 16 GB Memori Dalaman, 3 GB RAM
  • Sokongan microSD sehingga 64GB
Paparan 6.0 inches, 1080 x 1920 pixels (FHD)
Kamera Utama 13 Megapixel, Dual-LED Flash
Kamera Depan 5 Megapixel
Ciri-Ciri
  • Bateri Li-Ion 6300 mAh
  • Warna Gold, White, Black
  • Sambungan 4G LTE Dengan Dual SIM
  • Pengimbas Cap Jari
Harga Leagoo Shark 1 Di Malaysia RM999
Kelebihan
  • Paparan besar dengan resolusi Full HD
  • Sokongan Dual SIM dengan sambungan 4G LTE
  • Sokongan Pengimbas Cap Jari
  • Pelindung Skrin Corning Gorilla Glass 3
  • Sokongan Slot MicroSD
  • Ruang Memori dan RAM yang besar
  • Kapasiti Bateri Yang Sangat Besar (Jangka Hayat Bateri Lebih Lama)
Kekurangan
  • Tiada sokongan NFC
  • Tiada Rakaman Video 4K
Dapatkan Leagoo Shark 1 Melalui Lazada Malaysia Beli Sekarang

Leagoo Shark 1 juga memiliki pengimbas cap jari di bahagian belakangnya untuk meningkatkan lagi ciri-ciri keselamatan yang ada papadanya. Sensor yang digunakan juga agak pantas dengan hanya mengambil masa 0.39 saat untuk membuka peranti mnggunakan pengimbas cap jari.

Harga Leagoo Shark 1 Di Malaysia

Leagoo Shark 1 kini telah pun berada di pasaran tempatan. Harga Leagoo Shark 1 Di Malaysia dijual dengan harga RM999 yang boleh dibeli melalui pengedar rasmi Leagoo atau melalui laman jualan atas talian, Lazada Malaysia.