[AdsFB]
Vivo V3Max Kini Di Malaysia Dengan Harga RM1399. Smartphone Pertengahan Dengan Skrin 5.5″, Snapdragon, 4 GB RAM Serta 13 MP Kamera.
[AdsLink]Vivo Malaysia baru sahaja melancarkan model terbaru untuk pasaran tempatan iaitu vivo V3Max yang hadir untuk pasaran pertengahan. Untuk model baru ini, ia dijual sekitar RM1399 untuk pasaran tempatan.
Vivo V3Max hadir dengan dua variasi iaitu V3Max dengan skrin sebesar 5.5 inci dan pemproses yang kebih berkuasa manakala untuk model V3 yang biasa hadir dengan skrin sebesar 5.0 inci dengan prestasi yang lebih rendah. Namun untuk pasaran Malaysia hanya boleh didapati untuk model vivo V3Max yang boleh didapati dalam warna emas. [AdsPost]
Spesifikasi Vivo V3Max
Di bahagian dalamnya, kedua dua model vivo ini menggunakan pemproses pertengahan dimana smartphone V3 Max dilengkapi dengan Cip Snapdragon 652, 32 GB memori serta 4 GB RAM. Manakala untuk model Vivo V3 hadir dengan cip Snapdragon 616, 3 GB RAM serta pilihan memori dalaman 16 atau 32 GB. Kedua duanya turut dilengkapi dengan sokongan KadSD.
Bagi Sistem kamera, kedua-duanya dimuatkan dengan sensor yang sama iaitu 13 Megapixel kamera dengan sokongan LED Flash, Phase Detection Auto-focus, Panorama, HDR dan sebagainya. Untuk kamera selfie, ia hadir dengan 8 Megapixel kamera.
Baca : Spesifikasi Penuh Vivo V3Max
Vivo V3Max memiliki beberapa kelebihan antaranya memiliki speaker Hi-Fi dengan kualiti bunyi yang mengkagumkan. Ia juga dimuatkan dengan pengimbas cap jari untuk sokongan keselamatan yang lebih efektif. Peranti ini juga tersedia dipasang dengan Android 5.1 Lollipop serta antaramuka Funtouch OS 2.5.
Spesifikasi Spesifikasi Vivo V3Max | |
---|---|
Platform | Android 5.1 (Lollipop) |
Pemproses | Qualcomm MSM8976 Snapdragon 652, Octa-Core CPU |
Memori |
|
Paparan | 5.5 inches, 1080 x 1920 pixels (FHD) |
Kamera Utama | 13 Megapixel, LED Flash, PDAF |
Kamera Depan | 8 Megapixel |
Ciri-Ciri |
|
Harga Vivo V3Max Di Malaysia | RM1399 |
Kelebihan |
|
Kekurangan |
|
Dapatkan Vivo V3Max Melalui Lazada Malaysia Beli Sekarang |
Harga Vivo V3Max Di Malaysia
Bagi harganya, peranti ini telah tersedia di pasaran Malaysia. Harga vivo V3Max di Malaysia akan dijual sekitar RM1399 yang boleh didapati dari pengedar rasmi vivo. Anda juga boleh membuat pembelian secara Online di Lazada Malaysia dan sebagainya.