[AdsFB]
Vivo X6S Dan X6S Plus Sesuai Bagi Yang Gemarkan Muzik. Hadir Dengan HI-FI Speaker Yang Dipadukan Dengan Sistem Bunyi Dari Yamaha YSS-205X
[AdsLink]Vivo X6S dan X6S Plus merupakan pengganti kepada model Vivo X6 yang dilancarkan tidak lama dulu. Rekaannya adalah sama namun didalamnya telah dinaik taraf dengan spesifikasi yang lebih baik.
Untuk model baru ini, ia lebih mengfokuskan pada penggunaan Multimedia yang membawakan sistem audio yang berkualiti serta muzik yang sedap didengar. Untuk sistem bunyinya, ia dilengkapi dengan Yamaha YSS-205X signal processor untuk hasil bunyi yang lebih berkualiti tinggi. [AdsPost]
Di bahagian luar, Vivo X6S dilengkapi dengan skrin sebesar 5.2 inci Super AMOLED dengan resolusi HD Penuh. Manakala untuk model X6S Plus pula hadir dengan skrin yang lebih besar iaitu 5.7 inci dengan resolusi yang sama.
Spesfikasi Vivo X6S Dan X6S Plus
Dibahagian dalamnya, kedua-dua peranti ini dilihat memiliki spesifikasi yang hampir sama. Ia dipadukan dengan pemproses Snapdragon 652, 4 GB RAM serta ruangan memori sebesar 64 GB. Slot microSD juga turut disediakan untuk peranti ini.
Lihat pula pada modul kamera dimana model X6s Plus dilengkapi dengan 16 Megapixel kamera manakala untuk model X6S hadir dengan 13 Megapixel kamera. Bagi kamera hadapan, kedua duanya menggunakan kamera 8 Megapixel.
Selain itu, kedua dua peranti ini memilik sambungan 4G LTE dengan sokongan Dual SIm, Wifi, Bluetooth 4.0, MicroUSB serta FM Radio. Antara ciri-ciri utama yang terdapat pada Vivo X6S Dan X6S Plus seperti dibawah.
- Paparan sebesar 5.7 inci dengan resolusi 1080 x 1920 pixels (Full-HD) – (Vivo X6S Plus)
- Paparan sebesar 5.2 inci dengan resolusi 1080 x 1920 pixels (Full-HD) – (Vivo X6S)
- Pemproses Qualcomm MSM8976 Snapdragon 652, 64 GB Memori, 4 GB RAM
- Kamera Utama 16 Megapixel, F2.0, PDAF, LED Flash – (Vivo X6S Plus)
- Kamera Utama 13 Megapixel, F2.0, PDAF, LED Flash – (Vivo X6S)
- Kamera Selfie 8 Megapixel
- Sambunga 4G LTE dengan sokongan Dual-SIM
- Dilengkapi dengan pengimbas cap jari
- Bateri Li-Ion 3000 mAh (Vivo X6S Plus) , Li-Ion 2400 mAh (Vivo X6S)
- Warna Silver, Gold, Rose Gold
Harga Vivo X6S Dan X6S Plus Di Malaysia
Untuk harganya, masih lagi belum ada kenyataan rasmi dari vivo mengenai harga pasaran serta tarikh pelancarannya di Malaysia. Di China, Peranti ini telah mulakan jualan pada 5 April yang lalu dengan harga jualan sekitar 2598 Yuan untuk vivo X6S manakala vivo X6S Plus sekitar 2998 Yuan. Bagi harga vivo X6S dan X6S Plus di Malaysia pula, peranti ini dijangka hadir dengan harga sekitar RM1599 untuk model X6S dan RM1849 untuk model X6S Plus. Untuk harga rasmi Vivo X6S Dan X6S Plus boleh merujuk di senarai terkini Vivo di Malaysia apabila kedua-dua peranti ini telah berada di pasaran kelak.