[AdsFB]
Tablet Mampu Miliki Dari Samsung Untuk Tahun 2016, Samsung Galaxy Tab A 7 (2016) Hadir Dengan Skrin 7.0 Inci, Snapdragon 410 Dan 5MP Kamera.
[AdsLink]Pasaran tablet agak perlahan semenjak setahun dua ini apatah lagi untuk tablet yang bersaiz 7.0 inci. Ini mungkin kerana saiz kebanyakan telefon pintar menjadi semakin besar iaitu sekitar 5.0 hinggalah ke 6.0 inci yang menghampiri saiz sebuah tablet. Samsung juga dilihat telah mengehadkan pengeluaran tablet miliknya pada tahun lepas dan lebih fokus pada smartphone.
Namun, tidak perlu risau bagi yang masih lagi ingin medapatkan tablet dari Samsung. Terbaru, mereka telah memperkenalkan sebuah tablet mampu milik yang dinamakan Samsung Galaxy Tab A 7.0 (2016). Tablet ini merupakan tablet dengan skrin 7.0 inci yang hadir dengan warna hitam dan putih. [AdsPost]
Spesifikasi Samsung Galaxy Tab A 7 (2016)
Terdapat dua model untuk Samsung Galaxy Tab A 7.0 2016 iaitu model WiFi sahaja dan juga model LTE. Kedua-duanya menggunakan pemproses Qualcomm Snapdragon 410 dengan Quad-Core 1.3 Ghz CPU, 1.5 GB RAM serta memori dalaman 8 GB. Kad microSD juga boleh digunakan untuk peranti ini yang boleh dimuat sehingga 200 GB.
Fungsi pengambaraan agak sederhana untuk tablet dengan Android 5.1.1 Lollipop ini. Ia menggunakan kamera belakang 5.0 Megapixel serta kamera Webcam 2 Megapixel di bahagian hadapan. Tiada LED Flash untuk tablet ini.
Baca : Spesifikasi Penuh Samsung Galaxy Tab A 7.0 (2016)
Samsung Galaxy Tab A 7.0 2016 membawakan bateri 4000mAH dengan kemampuan penggunaan internet sehingga 11 Jam, Main Video selama 9 Jam serta mampu mainkan muzik selama 100 Jam dengan sekali cas sahaja. Untuk tablet mampu milik ini tidak disertakan dengan pengimbas cap jari.
Harga Samsung Galaxy Tab A 7.0 (2016) Di Malaysia
Untuk harganya, Samsung Galaxy Tab A 7.0 2016 akan dijual sekitar USD189 untuk versi Wifi manakala harga versi 4G LTE pula sekitar USD249.
Di Malaysia, tablet ini masih lagi belum diumumkan dan belum ada kenyataan rasmi dari Samsung Malaysia mengenai perkara ini. Untuk harha Samsung Galaxy Tab A 7.0 2016 di Malaysia pula, peranti ini dijangka hadir dengan harga sekitar RM799 untuk model Wifi dan RM1029 untuk model LTE.