[AdsFB]
Xiaomi Mi Max Hadir Dengan Skrin Sebesar 6.44 Inci, 16 MP Kamera Utama, Pemproses Snapdragon 652. Harga Di Malaysia Dijangka Bermula Dari RM999.
[AdsLink]Selain pelancaran platform MiUi 8 yang baru, Xiaomi juga turut memperkenalkan peranti terbesar yang pernah mereka hasilkan. Ia dinamakan sebagai Xiaomi Mi Max yang merupakan sebuah phablet bersaiz 6.44 inci menawarkan rekaan premium serta spesifikasi kelas pertengahan. Malah harganya juga jauh lebih murah dari pesanginnya pada kelas yang sama.
Kebanyakan Phablet bersaiz sekitar 6.0 inci di pasaran sekarang. Cuma beberapa peranti seperti Lenovo Phab Plus (skrin 6.8 inci), Huawei P8 Max (skrin 6.8 inci) dan sebagainya yang memiliki paparan yang lebih besar. Begitu juga denagn model baru dari Xiaomi ini yang turut hadir dengan 6.4 inci dengan resolusi HD Penuh. Walaupun memiliki skrin yang agak besar, Xiaomi mendakwa bahawa peranti ini masih lagi selesa di gengam dan diletak didalam poket oleh kerana ia hadir dengan bazel dan lebar yang kecil serta rekaannya yang lebih nipis. Peranti ini memiliki ukuran 173.1 x 88.3 x 7.5 mm serta berat hanya sekitar 203 g. [AdsPost]
Penggunaan skrin yang besar memberi kelebihan terutamanya bagi yang gemar mengambil nota, membuat lakaran, menonton video dan sebagainya. Apatah lagi MiUi 8 kini yang menykong fungsi multi-window memudahkan lagi pengguna melakukan dua kerja serentak pada Phablet besar ini.
Spesifikasi Xiaomi Mi Max
Dibahagian dalamnya pula, peranti ini menawarkan spesifikasi yang agak baik. Spesifikasinya seolah-olah hampir sama dengan peranti Xiaomi Redmi Note 3 dengan kapasiti bateri dan skrin yang lebih besar. Terdapat tiga variasi untuk smartphone ini yang berbeza pada cip pemproses sama ada Snapdragon 650 atau 652 serta pilihan memori dalaman 32, 64 dan 128 GB.
Selain itu, Xiaomi Mi Max membawakan kamera utama dengan sensor 16 Megapixel lengkap dengan Phase Detection Autofocus (PDAF), Dual LED Flash, mod Panorama, HDR dan sebagainya. Untuk selfie, Xiaomi menyediakan kamera 5 Megapixel untuk itu. Ringkasan spesifikasi Xiaomi Mi Max seperti dibawah.
- Paparan sebesar 6.44 inci dengan resolusi 1080 x 1920 pixels.
- Pilihan pemproses Qualcomm MSM8956 Snapdragon 650 atau Qualcomm MSM8976 Snapdragon 652
- Memori Dalaman 32/64/128 GB serta pilihan 3/4 GB RAM.
- Kamera Utama 16 Megapixel, Phase Detection Autofocus (PDAF), Dual-LED Flash, HDR, Panorama.
- Kamera Selfie 5 Megapixel.
- Sambunga 4G LTE dengan sokongan Dual-SIM (Nano-SIM)
- Bateri Li-Ion 4850 mAh
- Warna Putih, Emas Dan Hitam
- Hadir Dengan Pengimbas Cap Jari, InfraRed, NFC
- Harga bermula 1,500 Yuan (Sekitar RM950) Di pasaran China
Selain itu, sebagai salah satu langkah keselamatan, phablet ini turut hadir dengan pengimbas cap jari bagi memudahkan untuk buka peranti tanpa perlu menggunakan password atau PIN. Baterinya juga agak besar dengan bateri Li-Ion 4850 mAh.
Harga Xiaomi Mi Max
Phablet yang tersedia dengan MiUi 8 yang berasaskan Android 6.0 MarshMallows ini akan mulakan jualan di China bermula 17 May ini. Untuk pasaran lain masih lagi belum diumumkan.
Baca : Harga Terkini Telefon Pintar Xiaomi Di Malaysia
Untuk harga Xiaomi Mi Max pula, peranti ini akan dijual bermula 1,500 Yuan hingga 2,000 Uuan. Model dan harga lengkap seperti di bawah.
- Xiaomi Mi Max (32GB/3GB RAM/Snapdragon 650) – 1,500 Yuan
- Xiaomi Mi Max (64GB/3GB RAM/Snapdragon 652) – 1,700 Yuan
- Xiaomi Mi Max (128GB/4GB RAM/Snapdragon 652) – 2,000 Yuan
Untuk pasaran Malaysia masih lagi belum diumumkan. Bagi harga Xiaomi Mi Max di Malaysia pula, harganya dijangka sekitar RM999, RM1099, RM1199 untuk model 32GB, 64GB dan 128 GB.