[AdsFB]
Apple iOS 10 Diperkenalkan, Lebih 10 Perubahan Major Hadir Termasuk Kemasan Antaramuka, Siri Dibuka Untuk Pembangun, Aplikasi Mesej Yang Lebih Menarik.
Apple baru sahaja selesai mengadakan acara khas Apple WWDC 2016 yang bermula jam 1 pagi tadi. Dalam acara tersebut, tiada peranti baru diperkenalkan, namun ia lebih mengfokuskan pada kemaskini platform termasuk Apple iOS 10, WatchOS 3, MacOS dan juga TvOS.
Secara keseluruhannya, Apple telah membawakan kemaskini major terutamanya pada Siri dan juga Apple iOS. Siri juga kini telah diintegrasi pada MacOs untuk pengurasan yang lebih mudah di Mac. Siri juga kini telah dibuka untuk para pembangun untuk penyesuaian aplikasi mereka pada Siri.
Selain dari itu, Apple telah mengemaskini Antaramuka iOS yang lebih baik. Mereka telah reka bentuk semula Lock Screen yang kini menyokong akses pintas ke kamera dan juga ruangan Widget. Apple juga telah meningkatkan kebolehan pada fungsi 3D Touch. [AdsPost]
iOS 10 juga hadir dengan sistem mesej yang telah di tingkatkan. Kini ia menyokong mainan GIF dan video secara terus melalui aplikasi mesej tanpa perlu bukanya pada aplikasi pihak ke-3. Bukan itu saja, iOS 10 membawakan beberapa fungsi baru pada aplikasi mesej termasuk Emoji yang lebih besar, sokongan kesan khas pada latar, sokongan tulisan tangan dan banyak lagi. Sebahagian antaramuka iOS 10 seperti di bawah.
Apple iOS 10 juga hadir dengan beberapa aplikasi yang ditambah baik. Ianya termasuk aplikasi Maps yang lebih pintar dengan pembantu digital, Apple Music dan News dengan antaramuka yang lebih kemas dan sebagainya.
Terakhir, Apple membawakan fungsi baru pada iOS 10 untuk pengurusan barangan elektronik di rumah yang lebih mudah. Aplikasi ini dipanggil Home. Applikasi ini berfungsi untuk mengawal barangan elektronik pintar di rumah hanya melalui Smartphone sahaja. Contohnya anda boleh mengawal lampu, kipas, TV dan pelbagai lagi melalui aplikasi ini.
Apple iOS 10 akan hadir dalam versi Beta pada Julai ini manakala versi Developer telah sedia untuk dicuba. Apple iOS menyokong peranti Apple iPhone 5 keatas, iPad 4 keatas, ipad Mini 2 keatas serta iPod Touch 6 keatas. Manakala versi sepenuhnya akan hadir suku ke-3 tahun ini untuk semua pengguna.