Wiko Robby

Smartphone Dengan Skrin HD 5.5-Inci, 8 Megapixel Kamera, 16 GB Memori Dalaman Serta 1 GB RAM. Wiko Robby Kini Di Malaysia Dengan Harga RM449.

Wiko Mobile yang merupakan pendatang baru dalam industri telefon pintar tempatan telah melancarkan tiga peranti baru untuk pasaran Malaysia. Model-model tersebut ialah Wiko U Feel, Wiko U Feel Lite dan Wiko Robby.

Bagi yang inginkan smartphone bersaiz besar dengan harga dibawah RM500, Wiko Robby salah satu peranti yang boleh dipertimbangkan. Bukan saja harganya yang murah, rekaan serta spesifikasi yang ditawarkan juga agak memuaskan. Wiko Robby hadir denga warna pilihan yang cukup bergaya termasuk Space Gray, Gold, Bleen, Lime, dan Rose Gold. Di bahagian hadapannya pula, model mampu milik ini menawarkan skrin HD sebesar 5.5 inci yang cukup besar dan jelas untuk menonton video dan multimedia.

Apatah lagi, Smartphone ini juga menawarkan dual speaker dengan kesan khas yang dipanggil Auro 3D Sound. Kesannya sudah tentu untuk pengalaman mendengar muzik dan menonton movie yang lebih baik.

Wiko Robby Wiko Robby Wiko Robby
Wiko Robby, Klik Untuk Besarkan

Di bahagian dalamnya, Wiki Robby menawarkan pemproses Mediatek dengan keupayaan pemproses 4-Teras 1.3 Ghz. Ia juga turut hadir dengan 16 GB memori dalaman serta 1 GB RAM. Sokongan slot microSD juga disediakan yang boleh dipasang sehingga 64 GB. Smartphone ini juga menyediakan sokongan Dual-SIM namun malangnya tiada fungsi 4G LTE untuk sambungan data internet yang lebih pantas.

Baca : Spesifikasi Penuh Wiko Mobile

Bagi fungsi fotografi, Wiko Robby hadir dengan 8 Megapixel kamera utama dengan pelbagai mod pengambaran seperti HDR, Panorama, FaceBeauty, WideSelfie dan banyak lagi. Kameranya juga turut menyokong rakaman video HD 1080P. Untuk kamera selfie, Wiko menyediakan 5 Megapixel beserta Selfie Flash untuk pencahayaan yang lebih baik.

Harga Wiko Robby Di Malaysia

Untuk harga Wiko Robby di Malaysia, peranti mampu milik ini dijual dengan harga rasmi RM449. Ia akan mulakan jualannya di Malaysia pada 9 June yang boleh didapati dari pengedar rasmi dan juga di Lazada Malaysia.