Huawei Honor 5A

Smartphone  Yang Hadir Dengan 13 MP Kamera, Skrin 5.5-Inci, 16 GB Memori Dan 2 GB RAM. Harga Huawei Honor 5A Di Malaysia Dijangka Sekitar RM499.

Baru-baru ini Huawei telah memperkenalkan model mampu milik yang dinamakan Huawei Honor 5A yang mengfokuskan untuk remaja dengan harga yang sangat mampu milik. Di China, Smartphone ini akan dijual pada harga RMB 699 atau sekitar RM499 untuk pasaran Malaysia.

Huawei Honor 5A membawakan reka bentuk yang agak menarik. Ia hadir dengan enam pilihan warna termasuk putih, kuning, merah jambu, hitam, emas dan azure. Tiada pengimbas cap jari untuk smartphone murah ini. Di depannya, terdapat paparan sebesar 5.5 inci dengan resolusi HD 720 x 1280 pixels yang membawakan ketumpatan skrin kepada 267 PPI.

Di bahagian dalamnya, peranti ini bawakan dua model dengan pemproses yang berbeza. Model dengan CPU Snapdragon 617 mungkin untuk pasaran China sahaja manakala pasaran lain mungkin akan menerima versi HiSilikon Kirin 620. Selain itu, peranti ini turut menyediakan 16 GB memori dalaman yang hadir bersama 2 GB RAM dan juga sokongan microSD sehingga 256GB.

Huawei Honor 5A Huawei Honor 5A Huawei Honor 5A
Gambar Huawei Honor 5A, Klik Untuk Besarkan

Huawei Honor 5A turut hadir dengan kamera 13 Megapixel dibahagian belakangnya yang menyokong fungsi autofokus, LED Flash, Mod Panorama dan juga HDR. Telefon pintar ini juga mampu membuat rakaman video 1080P. Bagi yang gemar berselfie, Honor 5A menyediakan 8 Megapixel kamera untuk itu.

Baca : Spesifikasi Penuh Huawei Honor 5A

Di China, Huawei Honor 5A telah mula dijual sejak 17 June 2016 dengan harga RMB 699. Di Malaysia, Honor baru sahaja memperkenalkan Honor 5C dengan harga RM799. Untuk model Honor 5A ini masih lagi tidak diketahui bila ia akan dipasarkan di Malaysia. Sila rujuk Senarai Harga Huawei di Malaysia untuk mengetahui harga rasmi Honor 5A apabila di pasaran Malaysia kelak.