Huawei Honor 8

Huawei Bawakan Model Pertengahan Dengan Dual Kamera Di Pasaran. Huawei Honor 8 Dijangka Hadir Di Malaysia Dengan Harga Jangkaan Bermula RM1199.

Huawei telah memperkenalkan kemaskini kepada model Huawei Honor 7 yang agak pepular di kalangan pengguna Malaysia. Model baru ini dikenali sebagai Honor 8 yang hadir dengan Dual Kamera di bahagian belakangnya.

Untuk rekaannya, Huawei Honor 8 agak menyerupai model premium Huawei P9 yang turut hadir dengan dual kamera. Cuma, untuk model ini mengfokuskan pasaran pertengahan dengan skrin sebesar 5.2 inci pada resolusi HD 1080P. Honor 8 juga hadir dengan 5 pilihan warna menarik termasuk emas, hitam, putih, biru dan merah jambu.

Di bahagian belakangnya Honor 8 membawakan Dual 12 Megapixel kamera dengan bukaan Aperture F2.2 manakala untuk selfie pula, ia menyediakan 8 Megapixel dengan Aperture F2.4.

Bahagian dalam pula ia membawakan spesifikasi yang agak mantap. Peranti ini dimuatlan dengan 4 GB RAM serta 64 GB memori terbina. Slot microSD juga disediakan untuk telefon pintar ini. Selain itu, Huawei Honor 8 dikuasai dengan pemproses buatan Huawei, Kirin 950 dengan kemampuan CPU 8-Teras.

Huawei Honor 8

Fungsi lain yang hadir termasuk sambungan 4G LTE, Dual SIM, Pengimbas cap jari, sambungan Usb Type C serta kapasiti bateri 3,000 mAh. Peranti ini juga tersedia dengan Android 6.0 MarshMallows dengan antara muka Huawei EMUI 4.1. Spesifikasi Honor 8 sepenuhnya seperti di bawah.

  • Paparan sebesar 5.2 inci dengan pilihan resolusi 1080 x 1920 pixels
  • Pemproses Huawei Kirin 950
  • Memori Dalaman 32/64 GB serta 3/4 GB RAM
  • Kamera Utama Dual 12 Megapixel dan Aperture F2.2
  • Kamera Selfie 8 Megapixel, F2.4
  • Sambunga 4G LTE, WiFi, Bluetooth, Infrared
  • Bateri 3000 mAh
  • Hadir Dengan Platform Android 6.0 (Marshmallow)
  • Harga Bermula CNY 1,999 (Sekitar RM1199)

Huawei Honor 8

Huawei Honor 8 akan mulakn jualan di China bermula 19 July ini dengan harga CNY 1,999 untuk model 3GB RAM/32 GB Memori, CNY 2,299 untuk model 4GB RAM/32 GB Memori serta CNY2,499 bagi model 4GB RAM dan 64 GB memori terbina. Huawei juga mengsahkan peranti ini akan hadir di eropah pada minggu akan datang. Untuk di Malaysia masih belum ada berita mengenai peranti ini di pasaran tempatan. Namun, harga Huawei Honor 8 di Malaysia dijangka hadir bermula RM1199.