Asus ZenFone 3 Max

Pada tahun lepas, Asus Zenfone Max merupakan salah satu model terbaik dari Asus. Ia bukan sahaja menawarkan spesifikasi yang mantap, harga yang mampu milik, malah turut memiliki kapasiti bateri yang mampu bertahan sehingga berhari-hari lamanya. Ianya merupakan satu kelebihan penting yang tiada pada peranti biasa yang lain.

Di Malaysia, Baru-baru ini Asus baru sahaja memperkenalkan model-model variasi Asus Zenfone 3 untuk pasaran tempatan. Ianya termasuk model Asus Zenfone 3 Max yang sudah boleh di dapati di pasaran tempatan dengan harga serendah RM799.

Dari segi luaran, Asusn Zenfone 3 Max membawakan perubahan keseluruhan pada reka bentuknya. Rekaannya lebih kemas dengan kerangka logam serta tiga pilihan warna termasuk Emas, Kelabu dan Perak. Di bahagian belakangnya sudah tentu Asus Zenfone 3 Hdir dengan pengimbas cap jari untuk tujuan keselamatan yang tidak terdapat pada model Zenfone Max yang terdahulu.

Asus ZenFone 3 Max

Di bahagian hadapan pula, Asus Zenfone 3 Max memiliki saiz paparan yang lebih kecil berbanding model sebelum ini. Ia menggunakan skrin sebesar 5.2 inci dengan resolusi HD 720P dengan lapisan kaca skrin 2.5D bagi kesan lengkung yang lebih kemas di setiap sesinya. Untuk perbandingan reka bentuk antara Asus Zenfone 3 Max dan Asus Zenfone Max seperti di bawah.

Asus ZenFone 3 Max

Untuk Spesifikasinya pula, tidak banyak perubahan yang dibawakan. Ianya masih lagi menggunakan kamera 13 Megapixel di bahagian belakang dan 5 Megapixel di bahagian hadapan. Namun, Asus dilihat telah menggugurkan beberapa fungsi kamera seperti tiada Laser Autofokus dan menggunakan LED Flash tunggal untuk model baru ini. Kamera utamanya juga menggunkan bukaan kanta Aperture yang lebih kecil iaitu F2.2 berbanding model sebelum ini yang menggunakan F2.0.

Di bahagian dalamnya pula, Asus Zenfone 3 Max Hadir dengan pemproses kelas pertengahan Snapdragon 615 dengan pilihan 2 atau 3 GB RAM serta pilihan memori terbina 16 GB atau 32 GB. Ia juga hadir dengan slot memori tambahan yang boleh dipasang sehingga 256 GB. Antara model smartphone popular lain yang menggunakan pemproses yang sama seperti Samsung Galaxy J7, Xiaomi Mi4i, Oppo R7 dan sebagainya. Untuk perbandingan spesifikasi yang lebih jelas seperti dibawah.

Asus Zenfone 3 Max ZC520TL Asus Zenfone Max ZC550KL
Platform Android 6.0.1 (Marshmallow) Android 5.0.1 (Lollipop)
Pemproses Qualcomm MSM8939 Snapdragon 615 Qualcomm MSM8916 Snapdragon 410
CPU Octa-Core CPU Quad-Core CPU
Paparan Skrin IPS 5.2 Inci, 720 x 1280 pixels Skrin IPS 5.5 Inci, 720 x 1280 pixels
Memori
  • 16GB With 2GB RAM
  • 32GB With 3GB RAM
  • 8GB With 2GB RAM
  • 16GB With 2GB RAM
Kamera
  • 13 Megapixel F2.2 (Utama)
  • 5 Megapixel F2.0 (Selfie)
  • FHD Recorder, HDR
  • 13 Megapixel F2.0 (Utama)
  • 5 Megapixel F2.0 (Selfie)
  • Laser AF, FHD Recorder, HDR
Rangkaian GPRS, EDGE, HSPA, LTE GPRS, EDGE, HSPA, LTE
Bateri Li-Po 4130 mAh Li-Po 5000 mAh
Ciri-Ciri
  • Warna Grey, Silver, Gold
  • Bluetooth, Wi-Fi
  • Pengimbas Cap Jari
  • Sokongan Dual-SIM
  • Warna Black, White
  • Bluetooth, Wi-Fi
  • Sokongan Dual-SIM
Harga Di Malaysia RM799 RM899

Harga Asus ZenFone 3 Max Di Malaysia

Bagi yang ingin mendapatkan peranti ini, ianya telah pun berada di pasaran tempatan. Harga Asus ZenFone 3 Max Di Malaysia dijual dengan harga serendah RM799 untuk versi 32GB bersama 3 GB RAM. Anda boleh dapatkan di kedai-kedai rasmi Asus serta di kedai atas talian seperti Lazada Malaysia.

Bedasarkan harganya, ternyata model baru ini memiliki harga yang lebih murah berbanding model sebelum ini dimana Asus Zenfone Max dijual pada harga RM899 semasa pelancarannya di Malaysia. Ini mungkin kerana, model baru ini memiliki paparan yang lebih kecil.