Leagoo T1

Leagoo T1 Hadir Di Pasaran Tempatan. Telefon Selfie Dengan 5.0-Inci Skrin, 16GB Memori, 2 GB RAM, 13 MP Kamera Dan 8 MP Kamera Selfie. Harga Serendah RM549 Di Malaysia.

Leagoo Malaysia baru saja memperkenalkan model mampu milik mereka iaitu Leagoo T1 yang mengfokuskan smartphone selfie mampu milik dengan rekaan logam unibody yang bergaya. Di Malaysia, Harga Leagoo T1 akan dijual serendah RM549 yang boleh didapati dari pengedar rasmi Leagoo dan di kedai-kedai atas talian.

Walaupun dikelaskan sebagai smartphone mampu milik, Leagoo T1 memiliki rekaaan, ciri-ciri serta spesifikasi yang agak baik. Peranti yang dipadukan dengan Android 6.0 Marshmallows ini memiliki pengimbas cap jari di bahagian belakangnya. Di bahagian hadapannya pula tertera paparan skrin bersaiz 5.0 inci HD720P dengan lapisan kaca 2.5D yang menampakan kesan lengkungan di keseluruhan sisinya. Lapisan kacanya juga mendapat sentuhan daripada Corning Gorilla Glass 4 untuk ketahanan yang lebih lasak. 

Di bahagian dalamnya pula, Leagoo T1 hadir dengan Cip 64-Bit Mediatek MT6737 dengan keupayaan CPU 4-Teras 1.3 GHz. Ia juga menggunakan memori dalaman sebesar 16 GB, 2 GB RAM serta sokongan slot microSD sehingga 128 GB.

Leagoo T1 Leagoo T1 Leagoo T1
Leagoo T1, Klik Untuk Besarkan

Untuk fungsi fotografi, model ini memiliki kelebihan yang tersendiri. Dengan harga serendah RM549, peranti ini menyediakan 13 Megapixel kamera utama serta 8 Megapixel untuk Selfie. Lebih menarik lagi, Leagoo T1 menyediakan lampu flash di bahagian hadapan untuk gambar selfie yang lebih cantik walaupun dalam keadaan persekitaran gelap. Untuk spesifikasi selanjutnya serta kelebihan Leagoo T1 seperti di bawah :-

Spesifikasi Leagoo T1
Platform Android 6.0 (Marshmallow)
Pemproses Mediatek MT6737, Quad-Core 1.3 GHz (64bits)
Memori
  • 16 GB Memori Dalaman, 2 GB RAM
  • Sokongan microSD sehingga 128 GB
Paparan 5.0 Inci , 1280 x 720 Pixels
Kamera Utama 13 Megapixel, Dual-LED flash
Kamera Depan 8 Megapixel, LED Flash
Ciri-Ciri
  • Bateri 2,400mAh
  • Warna Champange Gold, Rose Gold, Titinium Gray
  • Sambungan 4G LTE Dengan Dual SIM
  • Pengimbas Cap Jari
Harga Leagoo T1 Di Malaysia RM549
Kelebihan
  • Sokongan Dual SIM dengan sambungan 4G LTE untuk data internet yang pantas.
  • Sokongan slot microSD sehingga 128GB beri lebih memori untuk smartphone.
  • Dilengkapi dengan Android 6.0 MarshMallow terkini.
  • Dilengkapi dengan Pengimbas Cap jari untuk ciri-ciri keselamatan yang lebih mudah.
  • Kamera Selfie beresolusi tinggi serta Flash di bahagian hadapan.
  • Harga yang mampu milik.
Kekurangan
  • Pemproses kelas permulaan dengan Mediatek MT6580
  • Tiada sokongan infraRED dan NFC.
  • Batteri yang tidak boleh ditukar.
Dapatkan Leagoo T1 Melalui Lazada Malaysia  Beli Sekarang

Kini, Leagoo T1 sudah pun boleh dimiliki di pasaran tempatan. Harga Leagoo T1 di Malaysia adalah RM549 termasuk GST yang boleh didapati dalam tiga pilahan warna termasuk Gold, Rose Gold dan Gray. Ianya boleh didapati dari pengedar rasmi Leagoo dan juga kedai atas talian.