Huawei Honor Note 8

Phablet 6.6 Inci Pada Resolusi 2K. Honor Note 8 Juga Hadir Dengan 13MP OIS Kamera, 4 GB RAM Dan Pengimbas Cap Jari. Harga Di Malaysia Dijangka Bermula Sekitar RM1399.

Honor yang merupakan salah satu jenama dibawah Huawei memperkenalkan phablet terbaru dengan saiz yang sangat besar. Huawei Honor Note 8 hadir dengan skrin sebesar 6.6 inci pada resolusi 2K atau 1440p. Di China, peranti premium ini telah mula dipasaran dengan harga CNY 2,299 atau bersamaan dengan sekitar RM1399 di Malaysia.

Walaupun memiliki skrin yang besar, Honor Note 8 hadir dengan rekaan yang nipis dengan ketebalan 7.18mm serta ruang bezel nipis untuk memberikan keselesaan ketika menggenggam. Untuk model ini ia lebih mengfokuskan pada multimedia, permainan dan juga produktiviti oleh kerana paparannya yang cukup besar serta prestasi yang mengkagumkan. 

Di bahagian dalamnya, Phablet berkuasa ini dipadukan dengan pemproses buatan Huawei sendiri, HiSilicon Kirin 955 yang dipadankan dengan 4 GB RAM LPDDR4. CPU-nya juga boleh mencapai kepada 2.5GHz dengan 8 bilangan teras. Selain itu, Honor Note 8 hadir dengan pilihan memori 32, 64 dan 128 GB yang turut disertakan dengan slot microSD yang boleh dimuat sehingga 256GB.

Huawei Honor Note 8Huawei Honor Note 8Huawei Honor Note 8

Untuk fungsi fotografi, Huawei Honor Note 8 hadir dengan padanan kamera 13MP dan 5MP di bahagian belakang dan depan. Kamera belakangnya dipadukan dengan Aperture F2.0, sensor RGBW serta penstabilan imej optikal untuk gambar yang lebih jelas. Ia turut hafir dengan Dual-LED Flash serta rakaman video 4K.

Baca : Spesifikasi Penuh Huawei Honor Note 8

Terdapat beberapa ciri-ciri istimewa dan kelebihan pada Huawei Honor Note 8. Antaranya seperti sokongan Split Screen, Pengimbad Cap Jari, Knuckles Screenshots, kapasiti bateri yang mampu bertahan sehingga 13 jam tontonan video HD1080P, Sokongan Dual-Sim dan sebagainya. Spesifikasi Huawei Note 8 yang lain seperti dibawah :-

  • Paparan Super AMOLED sebesar 6.6 inci dengan resolusi 1440 x 2560 pixels.
  • Pemproses HiSilicon Kirin 955
  • Memori Dalaman 32/64/128 GB dan hadir bersama 4 GB RAM
  • Kamera Utama 13 MP, F2.0, HDR, Perakam 2160P, OIS, Dual-LED Flash
  • Kamera Selfie 5 MP, F2.0
  • Sambunga 4G LTE dan sokongan Dual-SIM
  • Pengimbas Cap Jari
  • Bateri Li-Po 4500 mAh
  • Platform Android 6.0.1 (Marshmallow)
  • Warna White, Gold, Gray
  • Harga Bermula CNY 2,299 di China (Sekitar RM1399 di Malaysia)

Untuk harga Huawei Honor Note 8, ia akan mulakan jualannya di China dengan harga bermula CNY2299. Di Malaysia, tarikh pelancaran dan harga jualannya masih lagi belum didedahkan. Namun, ia dijanggka bermula sekitar RM1399.