Samsung Galaxy C5 Dan Galaxy C7

Baru-baru ini Samsung telah memperkenalkan dua model kelas pertengahan di bawah nama Samsung Galaxy C5 dan juga Samsung Galaxy C7. Ianya merupakan siri keluarga baru dengan spesifikasi yang lebih baik berbanding siri keluarga Galaxy J mahu pun dari siri keluarga Galaxy A. Namun ianya masih lagi berada di kelas pertengahan.

Bedasarkan rekaanya, sudah tentu Samsung Galaxy C5 dan C7 menawarkan rekaan premium dengn kerangka logam dan hadir dalam tiga pilihan warna termasuk Emas, Emas Merah Jambu serta Perak Gelap. Rekaanya juga seolah-olah sebuah smartphone milik Apple dengan jalur putih di atas dan bawah pada bahagian belakangnya. Cuma kedudukan kameranya sahaja berbeza. Dan sudah tentunya kedua-dua peranti ini hadir dengan pengimbas cap jari di bahagian hadapan peranti.

Salah satu kelebihan smartphone di bawah keluarga Samsung Galaxy C ini ialah memiliki sistem kamera yang agak baik. Samsung Galaxy C5 dan Samsung Galaxy C7 memiliki spesifikasi kamera yang sama. Ia dilengkapi oleh 16 Megapixel kamera utama dengan Aperture F1.9, Dual-LED Flash, serta kemampuan merakam video HD 1080P. Di bahagian hadapan pula tertera kamera 8 Megapixel dengan Aperture F1.9.

Samsung Galaxy C5 Dan Galaxy C7

Perbezaan utama antara Samsung Galaxy C5 dan Samsung Galaxy C7 adalah pada saiz paparan, cip pemproses dan juga kapasiti bateri. Galaxy C5 memiliki skrin bersaiz 5.2 inci dengan redolusi HD1080P manakala Galaxy C7 pula menggunakan skrin bersaiz 5.7 inci pada resolusi yang sama.

Samsung Galaxy C5 Dan Galaxy C7

Dibahagian dalamnya model C5 bawakan pemproses Snapdragon 617 manakala model C7 hadir dengan Snapdragon 625. Kedua-duanya juga dimuatkan dengan 4 GB RAM berserta pilihan memori 32 dan 64 GB. Untuk perbandingan yang lebih jelas antara Samsung Galaxy C5 dan Galaxy C7 seperti di bawah.

Samsung Galaxy C5 Samsung Galaxy C7
Platform Android 6.0.1 (Marshmallow) Android 6.0.1 (Marshmallow)
Pemproses Qualcomm MSM8952 Snapdragon 617 Qualcomm MSM8953 Snapdragon 625
CPU Octa-Core CPU Quad-Core CPU
Paparan Skrin Super AMOLED 5.2 Inci, 1080 x 1920 pixels Skrin Super AMOLED 5.7 Inci, 1080 x 1920 pixels
Memori
  • 32 / 64 GB Bersama 4GB RAM
  • 32 /64 GB Bersama 4GB RAM
Kamera
  • 16 Megapixel F1.9 (Utama)
  • 8 Megapixel F1.9 (Selfie)
  • Perakam HD1080p , HDR
  • 16 Megapixel F1.9 (Utama)
  • 8 Megapixel F1.9 (Selfie)
  • Perakam HD1080p, HDR
Rangkaian GPRS, EDGE, HSPA, LTE GPRS, EDGE, HSPA, LTE
Bateri Li-Ion 2600 mAh Li-Po 3300 mAh
Ciri-Ciri
  • Warna Gold, Pink Gold, Dark Gray
  • Bluetooth, Wi-Fi. NFC
  • Pengimbas Cap Jari
  • Sokongan Dual-SIM
  • Warna Gold, Pink Gold, Dark Gray
  • Bluetooth, Wi-Fi, NFC
  • Pengimbas Cap Jari
  • Sokongan Dual-SIM
Harga Di Malaysia Dijangka Bermula RM1399 Dijangka Bermula RM1599

Harga Samsung Galaxy C5 Dan Galaxy C7 Di Malaysia

Untuk harganya, peranti ini telah mulakan juala pertamanya di China dengan harga 2199 Yuan untuk model Samsung Galaxy C5 untuk versi 32 GB dan 2398 Yuan untuk versi 64 GB. Bagi model Samsung Galaxy C7 pula hadir dengan harga yang lebih tinggi iaitu 2599 Yuan dan 2799 Yuan untuk versi 32 GB dan 64GB.

Di Malaysia, Samsung Galaxy C5 dan C7 masih lagi belum berada di pasaran tempatan. Harga Samsung Galaxy C5 dan Galaxy C7 di Malaysia dijangka bermula dari RM1399 dan RM1599. Anda boleh merujuk senarai Harga Rasmi Terkini Samsung di Malaysia apabila model-model ini sudah berada di pasaran Malaysia.