ZTE Axon 7

ZTE Malaysia baru sahaja melancarkan sebuah smartphone perdana untuk pasaran tempatan. Model tersebut dikenali sebagai ZTE Axon 7 yang merupakan model High-End dengan skrin sebesar 5.5 inci pada resolusi Quad-HD.

Bedasarkan reka bentuk dan juga spesifikasinya, ZTE Axon 7 setanding dengan model-model perdana yang lain. Malah Axon 7 memiliki kelebihan pada harganya yang lebih berpatutan. Harga ZTE Axon 7 di Malaysia dijual sekitar RM1999 yang boleh didapati di Lazada Malaysia.

Untuk spesifikasinya, ZTE Axon 7 menawarkan pemproses Snapdragon 820 dengan 4 GB RAM serta ruangan memori sebesar 64 GB. Untuk peranti ini, ZTE turut menyediakan slot tambahan microSD bagi yang memerlukan memori tambahan.

ZTE Axon 7

Untuk fungsi fotografi, ZTE Axon 7 menawarkan sensor kamera yang terbaik sesuai dengan kelasnya. Kamera utamanya dilengkapi dengan lensa 20 Megapixel dengan bukaan kanta F1.8. Ia turut hadir dengan penstabilan imej OIS, PDAF dan Dual-LED Flash. Selain itu, petanti ini turut menawarkan rakaman video 4K untuk gambar video yang lebih jelas dan terperinci. Bagi yang gemar berselfie, telefon pintar ini juga hadir dengan 8 Megapixel kamera untuk itu.

ZTE Axon 7 hadir dengan beberapa kelebihan termasuk penggunaan USB Type-C bagi memudahkan pengecasan dan lebih pantas, hadir dengan pengimbas cap hari, pembesar suara dengan teknologi Dolby Atmos dan sebagainya.

Harga ZTE Axon 7 Di Malaysia

Untuk pasaran tempatan, ZTE telah mula menerima Pra tempah untuk model premium ini. Ia boleh didapati secara rasmi melalui Lazada Malaysia. Harga ZTE Axon 7 di Malaysia akan dijual sekitar RM1999. Bertuah Kepada pembeli terawal, anda akan menerima set VR dari ZTE yang berharga RM399 secara percuma.