Sony Xperia XZ dan Sony Xperia X Compact

Bertempat di IFA 2016, Sony telah melancarkan dua model premium iaitu Sony Xperia XZ dan juga Sony Xperia X Compact untuk pasaran akan datang. Rekaannya, kedua-dua memiliki reka bentuk yang hampir sama, cuma sudah tentunya model Xperia X Compact hadir dengan skrin yang lebih kecil iaitu 4.6 inci dengan resolusi HD720P.

Untuk kedua-dua model ini didatangkan dengan platform Android 6.0.1 Marshmallow. Namun, Sony telah mengesahkan bahawa peranti ini akan menerima kemaskini Android 7.0 Nougat pada masa akan datang. Dari, spesifikasi yang dikeluarkan, beberapa perkara baru yang terdapat pada kedua-dua model baru ini. Antaranya Sony mula menggunakan port USB Type-C pada peranti mudah alihnya dan sistem kamera yang lebih baik.

Menurut Sony, mereka telah menambah baik sistem kamera pada kedua-dua smartphone ini dan juga model-model akan datang. Terdapat tiga perkara yang diberi keutamaan iaitu, pengfokusan yang lebih baik, penstabilan imej dan juga pemprosesan imej yang lebih efektif.

Untuk penfokusan, Sony telah menggunakan Laser Autofokus dan juga Phase Detection Autofokus seperti mana terdapat pada model Xperia XZ. Untuk penstabilan imej, Sony masih lagi belum menggunakan sistem OIS pada peranti mudah alih. Namun mereka menambah baik sistem EIS yang kini boleh bergerak dalam 5-Axis bagi menghalang gegaran dan sebagainya pada sensor baru ini.

Sony Xperia XZ

Sony Xperia XZ

Berbalik kepada model yang diperkenalkan, Sony Xperia XZ merupakan model perdana dengan paparan bersaiz 5.2 inci dengan resolusi HD 1080P. Ia hadir dengan spesifikasi tinggi seperti model-model perdana yang lain termasuk cip pemproses Snapdragon 820, 3 GB RAM serta pilihan memori 32 atau 64 GB. Untuk smartphone ini, Sony turut membawakan ciri-ciri kalis air dan debu.

Untuk kamera, sudah tentunya Sony Xperia XZ hadir dengan lensa 23 Megapixel, F2.0 yang turut dimuatkan dengan Phase Detection dan Laser Autofocus, sokongan HDR, Panorama dan sebagainya. Di bahagian hadapan tertera lensa 13 Megapixel untuk selfie. Spesifikasi penuh untuk Sony Xperia XZ  seperti dibawah :

  • Paparan IPS LCD sebesar 5.2 inci dengan resolusi 1080 x 1920 pixels.
  • Pemproses Qualcomm MSM8996 Snapdragon 820 Qualcomm, Quad-Core CPU.
  • Memori Dalaman 32/64 GB, 3 GB RAM serta sokongan microSD sehingga 256 GB.
  • Android 6.0.1 (Marshmallow), Akan dikemaskini ke versi 7.0 Nougat.
  • Kamera Utama 23 MP, F2.0, HDR, PDAF, Laser Autofokus.
  • Kamera Selfie 13 MP, F2.0.
  • Sambunga 4G LTE dan sokongan Dual-SIM.
  • Kalis air dan debu dengan pengiktirafan IP68.
  • Pengimbas Cap Jari, USB Type-C, NFC.
  • Bateri Li-Ion 2900 mAh.
  • Harga Di Malaysia Dijangka Sekitar RM2899.

Sony Xperia X Compact

Sony Xperia X Compact

Untuk Xperia X Compact, ia lebih kepada model pertengahan namun masih lagi mengekalkan ciri-ciri premium. Ia hadir dengan skrin bersaiz 4.6 inci dengan resolusi HD720P. Di bahagian dalam, peranti kecil ini menggunakan cip Qualcomm MSM8956 Snapdragon 650 bersama 3 GB RAM dan 32 GB memori terbina. Slot microSD juga disediakan bagi yang memerlukan memori tambahan.

Sony Xperia X Compact menggunakan lensa yang sama dengan Xperia XZ iaitu 23 Megapixel. Untuk selfie, peranti ini menyediakan lensa 5 Megapixel untuk itu.

  • Paparan IPS LCD sebesar 4.6 inci dengan resolusi 720 x 1280 pixels.
  • Pemproses Qualcomm MSM8956 Snapdragon 650, Hexa-Core CPU.
  • Memori Dalaman 32GB, 3 GB RAM serta sokongan microSD sehingga 256 GB.
  • Android 6.0.1 (Marshmallow), Akan dikemaskini ke versi 7.0 Nougat.
  • Kamera Utama 23 MP, F2.0, HDR, PDAF.
  • Kamera Selfie 5 MP.
  • Sambunga 4G LTE dan sokongan Dual-SIM
  • Pengimbas Cap Jari, USB Type-C, NFC.
  • Bateri Li-Ion 2700 mAh.
  • Harga Di Malaysia Dijangka Sekitar RM1899.

Harga Sony Xperia XZ dan X Compact di Malaysia

Sony Xperia XZ dan Xperia X Compact akan mulakan pasaran bermula Oktober ini dan di Malaysia masih lagi belum diketahui tarikh rasmi pelancarannya. Harganya juga masih lagi belum diumumkan secara rasmi. Namun kami menjangkakan Sony Xperia XZ akan berharga sekitar RM2899 manakala model X Compact pula sekitar RM1899 untuk pasaran tempatan.