Motorola Moto Z Play

Lenovo mengambil tempat di IFA 2016 hari ini dengan memperkenalkan ahli ke-3 Moto Z yang hadir dengan spesifikasi pertengahan atas. Rekaannya juga menyamai dengan siri Z yang lain yang juga hadir dengan skrin AMOLED bersaiz 5.5 inci dengan resolusi HD1080P.

Model tersebut yang dikenali sebagai Motorola Moto Z Play juga menyokong aksesori MotoMods seperri siri Moto Z yang lain. Bagi yang belum mengatahui, MotoMods merupakan aksesori modular yang dipasang pada bahagian belakang smartphone. Antara aksesori yang hadir seperti speaker tambahan, projektor dan juga bateri tambahan.

Motorola Moto Z Play

Di bahagian dalamnya, Moto Z Play hadir dengan pemproses Snapdragon 625 dengan kebolehan Octo-Core 2 Ghz Cortex A53 CPU. Ia juga hadir dengan 3 GB RAM dan memori dalaman 32 GB. Selain itu, Moto Z Play turut dimuatkan dengsn bateri 3510 mAh yang cukup untuk bertahan sehingga 50 jam lamanya. Spesifikasi lanjut dan ciri-ciri Motorola Moto Z Play seperti dibawah:

  • Paparan Super AMOLED sebesar 5.5 inci dengan resolusi 1080 x 1920 pixels.
  • Pemproses Qualcomm MSM8953 Snapdragon 625 Octa-Core 2.0 GHz Cortex-A53.
  • Memori Dalaman 32GB, 3 GB RAM serta sokongan microSD sehingga 256 GB
  • Kamera Utama 16 MP, F2.0, HDR, Perakam 4K, PDAF, Laser Autofokus.
  • Kamera Selfie 5 MP, F2.2, Selfie Flash
  • Sambunga 4G LTE dan sokongan Dual-SIM
  • Pengimbas Cap Jari, USB Type-C, NFC
  • Bateri Li-Ion 3510 mAh
  • Platform Android 6.0.1 (Marshmallow)
  • Warna Hitam Dan Putih
  • Harga Di Malaysia Dijangka Sekitar RM2200.

Peranti yang dijalankan dengan sistem Android 6.0.1 MarshMallows ini akan mula di pasaran Antarabangsa bermula bulan ini dengan harga jualan dekitar €499. Di Malaysia, masih belum diketahui peranti ini akan berada di pasaran tempatan. Harga Motorola Moto Z Play di Malaysia dijangka sekitar RM2200 sekiranya model ini berada di pasaran ttempatan kelak.