ZTE Axon 7 Mini

Baru sahaja ZTE Malaysia mengumumkan smartphone kelas perdana ZTE Axon 7 untuk pasaran Malaysia dengan harga jualan RM1999. Kini variasi dengan rekaan yang lebih kecil pula diumunkan dengan nama model ZTE Axon 7 Mini. Namun ia bukan diumumkan di Malaysia tetapi di IFA 2016.

Di bahagian luar, model mini ini memiliki rekaan yang sama dengan model asal ZTE Axon 7. Namun ianya lebih kecil dengan skrin bersaiz 5.2 inci pada resolusi HD1080P.

Seperti juga abang sulungnya, ZTE Axon 7 Mini membawakan sistem multimedia yang terbaik terutamanya pada bahagian pembesar suara yang dipadukan oleh teknologi Dolby Atmos dengan cip Audio yang tersendiri. Di bahagian hadapan juga kelihatan jelas Dual Speaker di bahagian atas dan bawah untuk kesan Audio yang lebih baik.

ZTE Axon 7 Mini

Di bahagian dalam pula, Peranti dengan Android 6.0.1 Marshmallows ini hadir dengan pemproses Snapdragon 617 dengan 3 GB RAM serta 32 GB memori terbina. ZTE turut memuatkan slot microSD yang boleh dipasang sehingga 256GB.

Untuk kamera, tiada sistem OIS sepertimana model Axon 7. Namun keseluruhannya masih lagi sebuah kamera yang baik. Ia menggunakan lensa 16 Megapixel dengan Aperture F1.9 serta hadir dengan fungsi PDAF dan juga Dual-LED Flash. Di bahagian hadapan, tertera kamera 8 Megapixel, F2.2 kamera untuk selfie. Antara spesifikasi penuh ZTE Axon 7 Mini seperti di bawah.

  • Paparan AMOLED sebesar 5.2 inci dengan resolusi 1080 x 1920 pixels.
  • Pemproses Qualcomm MSM8952 Snapdragon 617, Octa-Core CPU.
  • Memori Dalaman 32GB, 3 GB RAM serta sokongan microSD sehingga 256 GB
  • Kamera Utama 16 MP, F1.9, HDR, Perakam Full HD, PDAF.
  • Kamera Selfie 8 MP, F2.2.
  • Sambunga 4G LTE dan sokongan Dual-SIM
  • Pengimbas Cap Jari, USB Type-C, NFC
  • Bateri Li-Ion 2705 mAh.
  • Platform Android 6.0.1 (Marshmallow)
  • Warna Emas Dan Perak
  • Harga Di Malaysia Dijangka Sekitar RM1299.

Harga ZTE Axon 7 Mini Di Malaysia

ZTE Axon 7 Mini akan mulakan jualannya bermula September ini dengan harga sekitar €300 di Eropah termasuk Jerman, Spain, Poland dan Rusia. Pasaran lain juga akan menyusur tidak lama lagi. Namun harganya masih belum di dedahkan.

Di Malaysia, masih belum ada berita untuk model Mini ini akan ke pasaran tempatan. Di Malaysia, ZTE Axon 7 dijual dengan harga RM1999. Bagi harga ZTE Axon 7 Mini di Malaysia pula mungkin akan bermula sekitar RM1299.