Refund Untuk Samsung Galaxy Note 7

Samsung baru sahaja mengumumkan bahawa mereka akan menghentikan penjualan peranti perdana Samsung Galaxy Note 7 akibat krisis komponen bateri yang terbakar dan meletup. Bukan sekadar jualan, malah pengeluaran turut ditamatkan.

Bagi pengguna di Malaysia, Samsung telah mengeluarkan kenyataan rasmi bagaimana untuk dapatkan bayaran balik atau Refund untuk Samsung Galaxy Note 7. Pemulangan semula ini hanya sah bagi pengguna yang memebeli dari Samsung Stores, Courts, Sengheng dan Lazada sahaja. Bagi yang membeli dari syarikat telco (Celcom, Digi, Maxis dan UMobile), pihak telco akan menghubungi anda untuk proses pembayaran balik.

Terdapat dua kaedah untuk proses pengembalian Samsung Galaxy Note 7 iaitu melalui bayaran balik (refund) berjumlah RM2878.10 atau menukarnya kepada Samsung Galaxy S7 Edge dengan menerima pulangan RM300. Proses lengkap pemulangan Samsung Galaxy Note 7 seperti di bawah :-

Proses Bayaran Balik (Refund) Untuk Samsung Galaxy Note 7

  • Pelanggan perlulah memulangkan set lengkap Samsung Galaxy Note 7 bersama kotaknya.
  • Pelanggan perlu membawa salinan IC dan juga penyata bank.
  • Bayaran balik akan dibuat melalui pemindahan Bank dengan jumlah RM2,879.10 (Harga Pre-Order).
  • Sebarang Aksesori tambahan untuk Samsung Galaxy Note 7 juga boleh menerima bayaran balik dengan membawa resit pembelian.
  • Barangan hadiah semasa Pre-Order seperti Samsung wireless charger dan bateri tambahan tidak perlu dipulangkan.

Proses Penukaran Kepada Samsung Galaxy S7 Edge

  • Pelanggan perlulah memulangkan set lengkap Samsung Galaxy Note 7 bersama kotaknya.
  • Pelanggan perlu membawa salinan IC dan juga penyata bank.
  • Pelanggan akan menerima set baru Samsung Galaxy S7 Edge bersama RM300.
  • RM300 akan diberi melalui pemindahan Bank.
  • Sebarang Aksesori tambahan untuk Samsung Galaxy Note 7 juga boleh menerima bayaran balik dengan membawa resit pembelian.

Menurut Samsung Malaysia, proses pemulangan boleh dibuat bermula 17 Oktober ini di lokasi pembelian atau Pre-Order. Untuk maklumat lanjut, anda boleh menghubungi Samsung Malaysia Careline di talian 1-800-88-7799.

Sumber : Samsung Malaysia