Harga Apple iPhone 7 Malaysia

Hari ini secara rasminya dua peranti perdana dari Apple iaitu Apple iPhone 7 dan Apple iPhone 7 Plus mula dipasarkan di Malaysia. Anda bukan sahaja boleh mendapatkannya di laman rasmi Apple Malaysia atau dari pengedar rasmi Apple, malah syarikat-syarikat telekomunikasi juga tidak ketinggalan menawarkan pakej dan Plan Data Internet terbaik untuk pelanggannya.

Bagi yang ingin mendapatkan dari laman rasmi Apple atau pengedar rasmi, Anda boleh lihat senarai harga Apple iPhone 7 dan iPhone 7 Plus di Malaysia seperti dibawah :-

  • Apple iPhone 7 (32GB) – RM3199
  • Apple iPhone 7 (128GB) – RM3699
  • Apple iPhone 7 (256GB) – RM4199
  • Apple iPhone 7 Plus (32GB) – RM3799
  • Apple iPhone 7 Plus (128GB) – RM4299
  • Apple iPhone 7 Plus (256GB) – RM4799┬á

Bagi yang ingin mendapatkan melalui syarikat telco pula, mereka telah memperkenalkan Plan khas untuk iPhone 7 dan iPhone 7 Plus yang boleh didapati bermula hari ini, 14 October 2016. Untuk maklumat lanjut bagi plan data internet untuk iPhone 7 anda boleh layari laman rasmi Maxis, Celcom, Digi dan UMobile.

Bagi yang ingin mendapatkan Apple iPhone 7 secara ansuran tanpa plan data, Anda boleh dapatkannya melalui Lazada Malaysia dengan harga serendah RM266.58 X 12 Bulan untuk Apple iPhone 7 (32GB) dengan pembayaran bulanan melalui Maybank Visa & MasterCard kredit kad. UMobile turut menawarkan kaedah pembeliaan secara ansuran melalui pakej UMobile UMicrocredit serendah RM98 sebulan.