Plan Digi Postpaid Baru 2016

Digi baru sahaja memperkenalkan 3 plan data internet untuk pengguna Pospaid. 3 Plan yang ditawarkan ialah Digi Pospaid 50 dengan 10 GB data internet pada harga RM50 sebulan, Digi Pospaid 80 dengan 20 GB data internet pada harga RM80 sebulan dan Digi Postpaid 110 dengan 40GB data internet dengan harga bulananbserendah RM110. Untuk pecahan data internet yang lebih detail seperti di bawah.

  • Digi Pospaid 50 – 10GB (5GB Semua Hari + 5GB Sabtu & Ahad)
  • Digi Pospaid 80 – 20GB (10GB Semua Hari + 10GB Sabtu & Ahad)
  • Digi Pospaid 110 – 40GB (20GB Semua Hari + 20GB Sabtu & Ahad)

Bagi plan Digi Pospaid 80 dan 110, turut menawarkan panggilan tanpa had percuma untuk kesemua rangkaian. Manakala untuk plan Digi Pospaid 50 menerima 100 minit percuma untuk panggilan ke semua rangkaian. Cas 15 Sen/Minit dikenakan selepas 100 minit pertama untuk Digi Pospaid 50. 

Untuk khidmat SMS pula Digi Pospaid 50 menawarkan 100 SMS percuma sebulan manakala untuk pakej Pospaid 80 dan 110 masing-masing ditawarkan SMS percuma sebanyak 300 dan 1000. Selebihnya anda akan dikenakan bayaran 10 sen untuk 1 SMS dan 20 Sen untuk MMS.

Plan Digi Postpaid Baru 2016

Selain daripada itu, Digi turut menawarkan langganan iFlix percuma selama 60 hari dan storan awan 100GB melalui aplikasi Capture. Untuk maklumat lanjut mengenai Plan Postpaid Digi yang baru ini boleh layari laman rasmi Digi.

Tags