Harga Google Pixel Malaysia

Seperti yang di war-warkan sebelum ini, Google telah melancarkan smartphone pertama dari mereka. Ia dinamakan sebagai Google Pixel dan Google Pixel XL yang bakal bersaing dengan peranti kelas perdana yang lain dengan harga di Malaysia dijangka bermula sekitar RM2699. Selain dua model smartphone Pixel yang diperkenalkan awal pagi ini, Google turut mengumumkan beberapa perkara baru dan kemaskini produk pada majlis tersebut. Antaranya termasuk :-

  • Pengumuman Google DayDream View yang merupakan set VR untuk smartphone yang bakal dijual pada harga USD79 (RM329).
  • Mengumumkan Chromecast Ultra yang menyokong Streaming Video 4K, Video HDR dan Port Ethernet yang dijual pada harga USD69 (RM289).
  • Pelancaran Google Home yang merupakan pembantu digital dirumah dengan harga jualan USD129 (RM539).
  • Pelancaran Smartphone Pertama dari Google yang dinamakan Google Pixel dan Pixel XL. Harga jualan bermula USD649 (RM2699).

Pada majlis tersebut, sudah tentunya pelancaran telefon pintar Pixel murapakan acara yang ditunggu-tunggu. Menurut Google, mereka tiada perancangan untuk mengeluarkan peranti Nexus pada masa akan datang, sebaliknya akan mengfokuskan pada peranti Pixel sahaja pada masa akan datang. 

Terdapat beberapa perkara utama pada kedua-dua peranti ini yang merupakan kelebihannya berbanding peranti perdana yang lain. Antaranya seperti :-

  • Google Pixel merupakan peranti pintar dengan kamera terbaik menurut DXOMark dengan Skor 89 mengatasi kesemua peranti perdana yang lain.
  • Memiliki storan awan tanpa had percuma untuk menyimpan gambar dan video.
  • Antara smartphone yang terawal menggunakan Android 7.1 Nougat dan terawal menerima kemaskini Android pada masa akan datang.
  • Smartphone Pertama yang menyokong Google Assistant dan DayDream VR.
  • Mendapat sokongan teknikal sepanjang masa dari Google.

Spesifikasi Google Pixel dan Pixel XL

Untuk spesifikasi Google Pixel, sudah tentunya peranti ini setanding dengan model-model perdana yang lain seperti Samsung Galaxy Note 7, Apple iPhone 7, LG V20 dan sebagainya. Kedua-duanya memiliki rekaan dan spesifikasi yang sama kecuali pada saiz paparan dan kapasiti bateri yang lebih besar pada model Pixel XL dengan skrin 5.5 inci, resolusi Quad-HD dan Li-Ion 3450 mAh bateri. Manakala Google Pixel hadir dengan skrin 5.0 inci, resolusi Full-HD dan bateri Li-Ion 2770 mAh.

Harga Google Pixel MalaysiaPerbezaan antara Google Pixel dan Pixel XL hanya pada saiz skrin dan kapasiti bateri.
Harga Google Pixel MalaysiaGoogle Pixel hadir dengan tiga pilihan warna yang menarik.

Di bahagian dalamnya, kedu-dua model premium ini dilengkapi pemproses berkuasa Snapdragon 821, 4GB RAM serta pilihan 32 atau 128 GB memori dalaman. Malangnya tiada slot microSD untuk kedua-dua peranti ini.

Untuk sistem kameranya, Google membawakan lensa 12 Megapixel, F2.0 dengan sensor dari Sony IMX378. Ia juga hadir dengan  1.55-micron Pixel yang amat membantu terutamanya pada persekitaran kekurangan cahaya. Selain itu, kameranya juga menyokong rakaman video 4K, PDAF, Dual-LED Flash, HDR, Panorama dan sebagainya. Di bahagian hadapan peranti ini hadir dengan lensa 8 Megapixel untuk Selfie. Spesifikasi dan ciri-ciri selebihnya seperti di bawah :-

  • Paparan sebesar 5.5 inci dengan resolusi 1440 x 2560 pixels untuk Google Pixel XL.
  • Paparan sebesar 5.0 inci dengan resolusi 1080 x 1920 pixels untuk Google Pixel.
  • Pemproses Qualcomm MSM8996 Snapdragon 821, Adreno 530.
  • Memori Dalaman 32/128 GB Serta 4 GB RAM.
  • Kamera Utama 12 MP, F2.0, PDAF, Dual-LED Flash.
  • Kamera Selfie 8 MP, F2.0.
  • Pengimbas Cap Jari, NFC.
  • Android 7.1 (Nougat).
  • Warna Hitam, Biru dan Kelabu.
  • Bateri  Li-Ion 2770 mAh dan Li-Ion 3450 mAh untuk model XL.
  • Harga Di Malaysia Dijangka Bermula Sekitar RM2699.

Harga Google Pixel dan Pixel XL di Malaysia

Semasa pelancaran, Google turut mengumkan tarakh jualan serta harga rasmi bagi kedua-dua model ini. Di USA, ia akan dijual bermula USD649 utuk model Google Pixel 32GB dan USD749 untuk model 128 GB. Bagi Model Pixel XL pula akan dijual dengan harga USD769 untuk model 32GB dan USD869 untuk model 128GB.

Di Malaysia, masih belum ada berita mengenai peranti ini akan berada di pasaran tempatan. Pembelian melalui Google Store juga masih belum menyokong untuk pasaran tempatan. Mungkin HTC yang merupakan rakan kongsi pengilangan untuk smartphone Pixel akan membawa masuk peranti ini di Malaysia.

Mengenai Harga Google Pixel di Malaysia, ia dijangka akan dijual bermula RM2699 untuk model Google Pixel dan RM3199 untuk Google Pixel XL. Anda boleh merujuk senarai harga terkini Smartphone di Malaysia apabila peranti ini sudah berada di pasaran tempatan kelak.