Harga Leagoo T1 Plus Malaysia

Leagoo hari ini memperkenalkan satu lagi peranti untuk pasaran Malaysia. Peranti tersebut dikenali sebagai Leagoo T1 Plus yang merupakan smartphone bersaiz 5.5 inci dengan resolusi HD 720P. Ia sudah boleh didapati di pasaran yang dijual pada harga RM699 di Malaysia.

Model ini merupakan variasi kepada Leagoo T1 yang dipasaran tempatan Ogos yang lalu pada harga RM549. Untuk model baru ini hadir dengan skrin yang lebih besar serta beberapa bahagian yang telah ditambah baik.

Untuk peranti mampu milik ini hadir dengan tiga pilihan warna termasuk Gold, Rose Gold dan Titanium Gray. Ia juga tersedia dengan platform Leagoo OS 2.0 yang berasaskan Android 6.0 MarshMallow.

Di bahagian dalam, Leagoo T1 Plus dipadukan dengan pemproses Quad-Core 1.3 GHz, 3GB RAM serta 16 GB memori dalaman. Leagoo turut menyediakan slot tambahan microSD untuk peranti mampu milik ini. Tidak ketinggalan juga fungsi pengimbas cap jari di bahagian belakangnya yang sangat membantu dalam menambah baik ciri-ciri keselamatan.

Harga Leagoo T1 Plus Malaysia

Bagi yang gemar berselfie, Leagoo T1 Plus menyediakan lensa 13 Megapixel beserta Selfie Flash di bahagian hadapan. Kamera belakangnya juga terbina dengan 13 Megapixel kamera yang hadir dengan pelbagai mod-mod fotografi.

Di Malaysia, peranti ini sudah pun berada di pasaran tempatan. Harga Leagoo T1 Plus di Malaysia adalah serendah RM699. Setiap pembelian akan menerima percuma Tampered Glass, Flip Case, TPU Case, Screen Protector dan juga Selfie Stick. Leagoo T1 Plus boleh didapati dari pengedar rasmi Leagoo atau di atas talian seperti Lazada Malaysia.