Pelancaran OnePlus 3T

OnePlus akan memperkenalkan smartphone ke-5 pada 15 November ini. Ianya telah disahkan sendiri oleh OnePlus melalui laman Twitter dengan video pendek berdurasi 15 saat.

Smartphone yang akan diperkenalkan sebagai OnePlus 3T ini bakal hadir dengan pemproses kelas atasan terkini dari Qualcomm iaitu Snapdragon 821.

Ciri-ciri lain masih lagi belum dimuktamadkan. Namun ia dijangka hadir dengan skrin sebesar 5.6 inci pada resolusi Quad-HD. Di bahagian dalamnya juga bakal hadir dengan 6 GB RAM beserta dua pilihan memori sama ada 64 GB atau 128 GB. Baterinya juga hadir dengan kapasiti yang agak besar iaitu 3300mAh.

OnePlus 3T merupakan model penambahbaikan dari versi terdahulu OnePlus 3 yang dijual di pasaran Malaysia pada harga RM1888. Menurut sumber, model baru ini akan dijual USD80 atau RM330 lebih mahal berbanding model terdahulu. Jadi, Harga OnePlus 3T di Malaysia dijangka sekitar RM2299 sekiranya model ini hadir di pasaran tempatan kelak.

Sumber : OnePlus