Xiaomi Redmi 4

Nampaknya telah tiga bulan berturut-turut pada tahun ini untuk Xiaomi melancarkan produk terbaru dari mereka. Dimulakan dengan Xiaomi Mi 5S dan 5S Plus yang diperkenalkan pada bulan September yang lalu, diikuti dengan Xiaomi Mi Mix dan Xiaomi Mi Note 2 pada bulan lepas dan terbaru, Xiaomi dikatakan akan memperkenalkan satu lagi model mampu milik iaitu Xiaomi Redmi 4 yang dijangka akan diperkenalkan pada 4 November ini.

Mengenai spesifikasi Xiaomi Redmi 4 yang tertiris, peranti mampu milik ini sudah tentunya hadir dengan skrin 5.0 inci pada resolusi HD Penuh 1080P. Di bahagian dalamnya, ia dikatakan hadir dengan Snapdragon 625 yang membawakan CPU Octa-Core 1.8Ghz dan Adreno 506 GPU. Redmi 4 juga akan hadir dengan 32 GB memori terbina bersama 3 GB RAM. Slot microSD sehingga 128GB juga akan turut disediakan.

Untuk fungsi fotografi, Xiaomi Redmi 4 dijangka hadir dengan lensa 13 Megapixel kamera utama dan 5 Megapixel kamera selfie dan juga untuk panggilan video. Antara ciri-ciri lain yang turut hadir termasuk 4000mAh bateri, pengimbas cap jari, sokongan dual-sim dan pilihan warna emas dan perak.

Di Malaysia, model Redmi 3S dijual secara rasmi bermula RM599 dan dijangka untuk model baru Xiaomi Redmi 4 akan dipasarkan pada harga yang sama. Di Malaysia, bedasarkan rekod sebelum ini berkemungkinan model baru ini akan memasuki pasaran tempatan secara rasmi. Namun masih belum diketahui tarikh rasmi pelancarannya serta harga rasmi di Malaysia.