Harga Lenovo A6600 Plus Malaysia

Bagi yang sedang mencari sebuah smartphone mampu milik dibawah harga RM500, model terbaru Lenovo A6600 Plus mungkin boleh di pertimbangkan. Ianya merupakan peranti Enty-level yang diumumkna baru-baru ini oleh Lenovo Malaysia untuk pasaran tempatan. Harga Lenovo A6600 Plus di Malaysia adalah RM479 yang boleh didapati di kedai rasmi Lenovo dan juga kedai atas talian seperti 11Street.my.

Lenovo A6600 Plus hadir dalam dua pilihan warna iaitu hitam dan putih. Rekaannya agak ringkas dengan penutup belakang yang boleh dibuka untuk gantian bateri, kad SIM dan juga microSD. Malangnya peranti murah ini tidak didatangkan dengan pengimbas cap jari. Di bahagian hadapannya pula tertera paparan bersaiz 5.0 inci dengan resolusi HD 720p.

Di bahagian dalam, peranti yang sedia dipasang dengan android 6.0 MarshMallows ini hadir dengan cip pemproses Mediatek MT6735P dengan keupayaan CPU 4 teras 1.0 Ghz. Di bahagian dalamnya juga dipadukan dengan ruang memori sebesar 16 GB serta 2 GB RAM. Masih belum cukup?, Lenovo turut menyediakan slot microSD yang boleh dipasang sehingga 32GB.

Harga Lenovo A6600 Plus Malaysia

Bagi fungsi fotografi, kamera 8 Megapixel sudah memadai bagi peranti dibawah harga RM500. Lensanya juga turut dilengkapi dengan fungsi LED Flash, Geo-Tagging dan pelbagai mod fotografi. Untuk selfie dan panggilan video, terdapat kamera 2 Megapixel yang boleh digunakan untuk tujuan tersebut. Antara spesifikasi lain yang terdapat pada Lenovo A6600 Plus seperti di bawah.

  • Paparan IPS LCD sebesar 5.0 inci dengan resolusi 720 x 1280 pixels.
  • Dimensi  141 x 71 x 8.8 mm dan seberat 142 g.
  • Pemproses Mediatek MT6735P, Quad-core 1.0 GHz Cortex-A53 CPU.
  • Memori Dalaman 16 GB, 2 GB RAM serta sokongan microSD sehingga 32 GB.
  • Kamera Utama 8 MP, LED flash, Geo-tagging.
  • Kamera Selfie 2 MP.
  • Sambunga 4G LTE dan sokongan Dual-SIM (Micro-SIM).
  • Bateri Li-Po 2300 mAh (Boleh ditukar ganti).
  • Platform Android 6.0 (Marshmallow).
  • Warna Hitam Dan Putih.
  • Harga Lenovo A6600 Plus Di Malaysia Serendah RM479.
  • Jualan Bermula 15 Disember 2016.
  • Kelebihan : Harga yang murah, Sokongan Dual-SIM, Internet berkelajuan pantas 4G LTE, Bateri yang boleh ditukar ganti, Slot microSD.
  • Kekurangan :  Tiada pengimbas cap jari, Resolusi kamera agak rendah terutamanya kamera hadapan, Rekaan body dari polycarbonate.

Harga Lenovo A6600 Plus Malaysia

Untuk pasaran tempatan, peranti ini sudah boleh didapati di pasaran tempatan melalui kedai-kedai rasmi Lenovo dan juga atas talian. Harga Lenovo A6600 Plus di Malaysia dijual sekitar RM479 seunit. Dengan spesifikasi dan harga yang ditawarkan, model baru dari Lenovo ini boleh dipertimbangkan untuk dimiliki terutamanya bagi yang inginkan peranti murah. Kunjungi halaman Harga Lenovo Terkini di Malaysia bagi mengetahui senarai harga dan model terbaru smartphone Lenovo untuk pasaran Malaysia.