Harga Lenovo K6 Note di Malaysia

Selain dari Lenovo P2 yang diperkenalkan untuk pasaran Malaysia, Lenovo turut melancarka dua peranti siri K iaitu Lenovo K6 Power dan juga Lenovo K6 Note. Kedua-duanya akan berada dipasaran tempatan bermula Januari tahun hadapan dengan harga RM799 untuk model K6 Power dan RM999 untuk model K6 Note.

Dari segi reka bentuk, kedua-dua peranti ini memiliki rekaan yang hampir sama. Ianya hadir dengan tiga pilihan warna termasuk emas, perak dan kelabu. Namun untuk saiz skrinnya adalah berbeza dimana model Lenovo K6 Note dilengkapi dengan skrin 5.5 inci manakala K6 Power hanya sebesar 5.0 inci. Resolusi adalah sama iatu 1080 x 1920 pixel.

Di bahagian dalamnya, peranti yang tersedia dipasang dengan Android 6.0 MarshMallows ini menggunakan cip pemproses Snapdragon 430 dengan kekuatan CPU Octa-Core 1.4 Ghz dan juga Adreno 505. Bagi ruang memori dan juga RAM, model Lenovo K6 Note hadir 32 GB memori dalaman serta pilihan 3 atau 4 GB RAM. Untuk model K6 Power pula hadir dengan pilihan 16GB /2GB RAM atau 32 GB/3GB RAM. Kedua-duanya turut menyokong slot microSD sehingga 256 GB.

Harga Lenovo K6 Note di MalaysiaLenovo K6 Note

Untuk kamera, Lenovo K6 Note memiliki kelebihan pada sensor kamera dengan resolusi yang lebih besar iaitu 16 Megapixel untuk lensa utama dan 8 Megapixel untuk lensa selfie. Bagi model K6 Power pula hadir dengan 13 Megapixel kamera utama dan 8 Megapixel di bahagian hadapan. Kedua-duanya juga hadir dengan fungsi PDAF, LED Flash, HDR serta kebolehan rakaman video HD 1080p.

Harga Lenovo K6 Power di MalaysiaLenovo K6 Power

Walaupun kedua-dua peranti ini dikelaskaskan sebagai peranti mampu milik, namun ia hadir dengan beberapa fungsi premium. Antaranya hadir dengan Speaker dengan teknologi Dolby Atmos untuk memberikan bunyi yang lebih realistik dan juga berkualiti. Anatari ciri-ciri lain termasuk pengimbas cap jari, bateri Li-Po 4000 mAh, sokongan dual-SIM dan sebagainya. Untuk perbandingan spesifikasi yang lebih jelas antara Lenovo K6 Note dan Lenovo K6 Power seperti dibawah.

Lenovo K6 Note Lenovo K6 Power
Platform Android 6.0.1 (Marshmallow) Android 5.0.1 (Lollipop)
Pemproses Qualcomm MSM8937 Snapdragon 430 Qualcomm MSM8937 Snapdragon 430
CPU Octa-core 1.4 GHz Cortex-A53 Octa-core 1.4 GHz Cortex-A53
Paparan Skrin IPS 5.5 Inci, 1080 x 1920 pixels Skrin IPS 5.0 Inci, 1080 x 1920 pixels
Memori
  • 32GB / 3GB RAM
  • 32GB / 4GB RAM
  • 16GB / 2GB RAM
  • 32GB / 3GB RAM
Kamera
  • 16 Megapixel (Utama)
  • 8 Megapixel (Selfie)
  • FHD Recorder, HDR, PDAF
  • 13 Megapixel (Utama)
  • 8 Megapixel (Selfie)
  • FHD Recorder, HDR, PDAF
Rangkaian GPRS, EDGE, HSPA, LTE GPRS, EDGE, HSPA, LTE
Bateri Li-Po 4000 mAh Li-Po 4000 mAh
Ciri-Ciri
  • Warna Silver, Gold, Dark Grey
  • Bluetooth, Wi-Fi
  • Pengimbas Cap Jari
  • Sokongan Dual-SIM
  • Speaker Dolby Atmos
  • Warna Silver, Gold, Dark Grey
  • Bluetooth, Wi-Fi
  • Pengimbas Cap Jari
  • Sokongan Dual-SIM
  • Speaker Dolby Atmos
Harga Di Malaysia RM999 (32GB / 3GB RAM) RM799 (32GB / 3GB RAM)

Untuk pasaran Malaysia, kedua-dua peranti ini boleh didapari di pasaran tempatan bermula Januari 2017. Harga Lenovo K6 Note di Malaysia dijual dengan harga RM999 untuk versi 32GB dan 3 GB RAM. Untuk harga Lenovo K6 Power pula dijual pada harga RM799 yang juga hadir dalam versi 32GB dan 3 GB RAM. Ia boleh didapati dari pengedar rasmi Lenovo bermula Januari tahun hadapan.