Harga Wiko UFeel Go Malaysia

Wiko Malaysia menambah satu lagi model untuk siri UFeel dan model kali ini lebih mengfokuskan pada peranti mampu milik. Ia dinamakan sebagai Wiko UFeel Go yang kini telah dipasaran tempatan dengan harga jualan serendah RM599.

Walaupun dikelaskan sebagai peranti mampu milik, Wiko Ufeel Go tampil dengan rekaan yang elegan dan bergaya disamping spesifikasi yang baik. Kerangkanya diperbuat dari logam dengan warna Kelabu Angkasa atau Space Grey. Di bahagian hadapannya pula tertera 5.0 inci skrin dengan resolusi HD 720P berserta lapisann kaca 2.5D.

Untuk prestasinya, UFeel Go dikuasai oleh pemproses Quad-Core 1.3 Ghz bersama-sama 2 GB RAM serta 16 GB memori dalaman. Peranti ini turut menyedikan slot tambahan microSD yang boleh dimuatkan sehingga 64GB.

Smartphone yang dijalankan dengan platform Android 6.0 MarshMallow ini juga dilengkapi dengan kamera utama 13 Megapixel yang lengkap dengan pelbagai mod fotografi termasuk HDR, Panorama, Face Beauty, Night Shot dan sebagainya. Di bahagian hadapan pula hadir dengan lensa 5 Megapixel berserta Selfie Flash yang membantu mengambil gambar Selfie walaupun dalam suasana kekurangan cahaya.

Harga Wiko UFeel Go Malaysia

UFeel Go memiliki kelebihan pada ketahanan baterinya dimana ia hadir dengan kapasiti bateri yang besar iaitu 4000 mAh bagi memastikan jangka hayat penggunaan yang lebih lama. Selain itu, Smartphone berharga RM599 ini juga dilengkapi dengan pengimbas cap jari bagi mengukuhkan lagi sistem keselamatnnya. Lebih menarik lagi pengimbas cap jarinya boleh digunakan untuk mengakses sesuati aplikasi dengan mudah dengan menggunakan kelima-lima jari anda.

Di Malaysia, peranti ini telah pun berada di pasaran bersama-sama barisan siri Wiko UFeel yang lain. Harga Wiko UFeel Go di Malaysia dijual pada harga RM599 yang boleh didapati daripada pengedar sah Wiko. Untuk maklumat lanjut mengenai peranti ini boleh layari laman web Wiko Malaysia atau ke laman Facebook mereka.