Samsung Pay Malaysia

Samsung Malaysia akhirnya memperkenalkan sistem pembayaran melalui smartphone di Malaysia. Sistem yang dikenali sebagai Samsung Pay kini masih lagi di peringkat Beta dan hanya boleh digunakan untuk pengguna kad Visa Maybank sama ada kad kredit atau pun debit.

Samsung Pay merupakan sistem pembayaran mudah menggunakan telefon pintar melalui teknologi NFC (Near Field Communication) dan juga MST (Magnetic Secure Transmission).

Buat masa ini masih belum banyak peranti yang menyokong Samsung Pay di Malaysia. Antara model-model yang boleh digunakan termasuk Samsung Galaxy S6 edge+, Samsung Galaxy S7, Samsung Galaxy S7 edge, Samsung Galaxy Note5, Samsung Galaxy A7 (2016) dan Samsung Galaxy A5 (2016).

Bagi yang berminat untuk menyertai Program Ujian Beta untuk Samsung Pay boleh mendaftar di laman rasmi Samsung dan jadi antara yang terawal menggunakan perhidmatan ini di Malaysia.

Sumber : Samsung Malaysia