Wiko Ufeel Go

Baru-baru ini Wiko Malaysia telah melancarkan model terbaru untuk siri Wiko Ufeel. Model baru ini boleh di kategorikan sebagai peranti kelas pertengahan yang dikenali sebagi Wiko Ufeel Go. Ufeel Go agak berbeza dengan model-model kelas pertengahan yang lain dimana ia turut menawarkan rekaan premium dengan pelbagai fungsi pada harga yang jauh lebih rendah berbanding pesaingnya.

Peranti keluaran Perancis ini juga lebih mengfokuskan pada pengalaman multimedia, fotografi dan juga prestasi. Berikut kami sertakan 6 ciri-ciri menarik yang terdapat pada Wiko Ufeel Go yang mungkin anda boleh pertimbangkan untuk memilikinya.

1. Rekaan Logam Yang Bergaya Dengan Paparan HD

Seperti model-model dari siri Wiko Ufeel yang lain, model baru ini juga memiliki rekaan logam yang unik dengan gaya urban yang berwarna kelabu atau Space-Grey. Ianya juga sangat selesa berada ditangan dengn sisi lengkung pada ketebalan 9.7 mm dan berat hanya 172g.

Wiko Ufeel Go Wiko Ufeel Go Wiko Ufeel Go
Wiko Ufeel Go Wiko Ufeel Go Wiko Ufeel Go
Wiko Ufeel Go Wiko Ufeel Go Wiko Ufeel Go
Wiko Ufeel Go Hadir Dengan Rekaan Logam Berwarna Space-Grey

Di bahagian hadapannya, Wiko Ufeel Go membawakan skrin sebesar 5.0 Inci dengan teknologi IPS dan resolusi HD 720p. Untuk ciri-ciri yang lebih elegan, Ufeel Go dilapisi lapisan kaca 2.5D pada skrinya yang berbentuk sedikit lengkung pada sisinya.

2. Prestasi Yang Mantap Dengan Bateri Yang Tahan Lama

Wiko Ufeel Go Wiko Ufeel Go Wiko Ufeel Go
Penggunaan Bateri, Memori Serta Memori Dalaman

Walaupun harganya serendah RM599, Wiko Ufeel Go menawarkan prestasi yang cukup baik. Dibahagian dalamnya tertera pemproses Quad-Core 1.3GHz serta keupayaan grafik Mali T720 yang cukup baik menjalankan pelbagai aplikasi dan juga permainan. Tambahan pula, peranti kecil ini dimuatkan dengan 2 GB RAM yang membantu fungsi multitasking serta boleh memuatkan lebih data pada 16 GB memori dalaman dan 64GB microSD memori sokongan.

Jika anda yang gemar mengembara anda tidak perlu risau dengan jangka hayat bateri yang dimiliki peranti ini. Wiko Ufeel Go menawarkan kapasiti bateri yang cukup besar iaitu 4000 mAh yang mampu bertahan melebihi satu hari dengan penggunaan penuh. Tidak lupa juga dengan kebolehan berkongsi kuasa bateri yang membolehkan Ufeel Go dijadikan sebagai “Power Bank” untuk mengecas peranti lain.

3. Pengimbas Cap Jari Dengan Fungsi Akses Pantas

Wiko Ufeel Go

Jika Smartphone lain pengimbas cap jari digunakan untuk tujuan keselamatan menggantikan fungsi “Password” seperti membuka kunci smartphone atau membuat pengesahan diri sebelum pembayaran. Namun untuk Wiko Ufeel Go selain digunakan untuk tujuan keselamatan, pengimbas cap jari juga boleh dijadikan akses pantas untuk mencapai sesuatu aplikasi dan fungsi dengan mudah. Dengan fungsi ini anda boleh setkan kelima-lima jari untuk fungsi yang berbeza sebagai contoh jari ibu untuk membuka kunci smartphone, jari tunjuk untuk akses kamera, jari tengah untuk membuat panggilan terus pada rakan dan sebagainya.

4. Sistem Kamera Dengan 13 Megapixel Dan Rakaman HD

Wiko Ufeel Go Wiko Ufeel Go Wiko Ufeel Go
Kamera Dengan Pelbagai Mod Fotografi

Kamera merupakan salah satu fungsi penting yang terdapat pada Ufeel Go. Untuk smartphone mid-range pada harga mampu milik, Lensa 13 Megapixel yang digunakan sudah cukup untuk mengambil gambar yang berkualiti. Malah, Wiko telah menyediakan pelbagai pilihan Mod Fotografi seperti Panorama, HDR, Face beauty, Night shot, Sports mode, Wideselfie, Video Snap Shot, Smile shot, Touch shot Professional mode dan sebagainya untuk menghasilkan gambar dan video yang lebih unik dan kreatif.

Bagi yang gemar mengambil gambar selfie pula, terdapat 5 Megapixel kamera hadapan berserta Selfie Flash yang membantu mengambil gambar dengan baik walaupun dalam keadaan kekurangan cahaya.

5. Android 6.0 (Marshmallow) Dengan Keselamatan Data

Wiko Ufeel Go Wiko Ufeel Go Wiko Ufeel Go
Wiko Ufeel Go Wiko Ufeel Go Wiko Ufeel Go
Antaramuka Wiko Ufeel Go Dengan Aplikasi Apps Lock Dan Files Lock

Wiko Ufeel Go dijalankan menggunakan platform Android 6.0 (Marshmallow) dengan antaramuka khas dari Wiko yang lebih mesra pengguna, kemas dan cantik. Wiko juga hadir dengan beberapa aplikasi khas termasuk My Launcher, Phone Assist, My Music, Weather dan banyak lagi.

Untuk peranti ini juga, Wiko menekankan soal keselamatan data bagi melindungi setiap aplikasi yang digunakan serta setiap kandungan data yang terdapat pada peranti ini. Untuk itu, mereka memperkenalkan dua aplikasi iaitu Apps Lock untuk mengunci aplikasi dan juga Files Lock untuk mengunci kandungan data seperti gambar, video, file dan sebagainya. Penggunaannya juga begitu mudah yang boleh dibuka kuncinya melalui pengimbas cap jari.

6. Smartphone Kelas Pertengahan Pada Harga Mampu Milik

Wiko Ufeel Go Wiko Ufeel Go
Wiko Ufeel Go Turut Hadir Dengan Pelbagai Aksesori Tambahan Di Dalam Kotak

Bagi di Malaysia, Wiko Ufeel Go sudah pun berada dipasaran tempatan dengan harga RM599 yang boleh didapati dari pengedar rasmi Wiko Malaysia dan kedai-kedai atas talian. Dengan harga mampu milik serta pakej yang ditawarkan sudah tentu ianya berbaloi untuk dimiliki. Bukan itu saja, setiap pembelian akan menerima beberapa aksesori khas termasuk Earphone, TPU Case, skrin protector dan sebaginya.

Untuk maklumat lanjut mengenai Wiko Ufeel Go anda boleh layari laman rasmi Wiko Malaysia atau melalui laman Facebook Wiko Malaysia.