Harga Samsung Galaxy A7 2017 Malaysia

Baru baru ini Samsung telah memperkenalkan tiga model baru untuk siri Samsung Galaxy A untuk Tahun pasaran 2017. Tiga model tersebut merangkumi Samsung Galaxy A3 2017, Samsung Galaxy A5 2017 Dan Samsung Galaxy A7 2017. Berita baik untuk pengguna Malaysia, Galaxy A5 dan A7 kini sudah pun berada di pasaran tempatan dengan harga jualan RM1699 dan juga RM1899 untuk model 32 GB.

Mungkin ada yang beranggapan harganya yang agak mahal untuk sebuah peranti kelas pertengahan terutamanya untuk model Samsung Galaxy A7 2017. Namun dengan spesifikasi yang berkuasa, reka bentuk premium, kualiti kamera serta fungsi yang pelbagai sudah tentu ia menjadi pilihan bagi yang mencari sebuah peranti premium dibawah harga RM2000.

Perbezaan Samsung Galaxy A7 2017 Dan Galaxy A7 2016

Sebelum kita lihat spesifikasi yang lebih terperinci mengenai Samsung Galaxy A7 2017, kita lihat dulu penambahbaikan yang dilakukaan Samsung untuk peranti ini berbanding model Tahun 2016.

Harga Samsung Galaxy A7 2017 MalaysiaReka Bentuk Samsung Galaxy A7 2017 Warna Emas

Selain skrinnya yang telah ditingkatkan kepada 5.7 inci Full HD, Samsung juga telah membawakan beberapa pembaharuan termasuk sokongan USB-Type C, Pengimbas cap jari, sokongan Samsung Pay yang sebelum ini tidak terdapat pada model 2016. Tambahan pula, peranti ini memiliki ciri-ciri kalis air dengan pengikhtirafan IP68 yang membenarkan ia berada 1.5 meter di bawah paras air selama 30 minit. Untuk perbandingan yang lebih terperinci antara Samsung Galaxy A7 2017 dan Samsung Galaxy A7 2016 seperti di bawah.

Samsung Galaxy A7 2017 Samsung Galaxy A7 2016
Platform Android 6.0.1 (Marshmallow) Android 6.0.1 (Marshmallow)
Pemproses Exynos 7880 Qualcomm MSM8939 Snapdragon 615
CPU Octa-Core 1.9 GHz Cortex-A53 Octa-Core CPU
Paparan Super AMOLED 5.7 Inci, 1080 x 1920 pixels Super AMOLED 5.5 Inci, 1080 x 1920 pixels
Memori 32GB With 3GB RAM 16GB With 3GB RAM
Kamera
  • 16 Megapixel F1.9 (Utama)
  • 16 Megapixel F1.9 (Selfie)
  • FHD Recorder, HDR
  • 13 Megapixel F1.9 (Utama)
  • 5 Megapixel F1.9 (Selfie)
  • FHD Recorder, HDR
Rangkaian GPRS, EDGE, HSPA, LTE GPRS, EDGE, HSPA, LTE
Bateri Li-Ion 3600 mAh Li-Ion 3300 mAh
Ciri-Ciri
  • Warna Black, Gold
  • Bluetooth, Wi-Fi, NFC
  • Pengimbas Cap Jari
  • Sokongan Dual-SIM
  • Kalis Air Dan Debu (IP68)
  • Always-On Display
  • USB Type-C 1.0
  • Warna Black, White, Gold, Pink
  • Bluetooth, Wi-Fi, NFC
  • Pengimbas Cap Jari
  • Sokongan Dual-SIM
Harga Di Malaysia RM1899 RM1699

Samsung Galaxy A7 2017, Ciri-ciri kalis Air, Kamera 16 MP , CPU Octa Core

Jika dilihat keseluruhan spesifikasi dan pakej yang ditawarkan, Samsung Galaxy A7 2017 setanding dengan peranti High-End yang lain walau pun Samsung lebih fokuskan peranti ini untuk pasaran pertengahan atas. Rekaannya juga dilihat begitu premium dengan kemasan kerangka logam dan juga skrin 2.5D. Untuk pasaran Malaysia, peranti ini hadir dengan pilihan dua warna iaitu hitam dan juga emas. Di bahagian hadapannya juga tertera paparan sebesar 5.7 inci dengan skrin Super AMOLED beresolusi Full HD yang sudah tentunya memaparkan skrin yang jelas, terang dan lebih terperinci.

Spesifikasi Samsung Galaxy A7 (2017) Spesifikasi Samsung Galaxy A7 (2017) Spesifikasi Samsung Galaxy A7 (2017)
Samsung Galaxy A7 (2017)

Di bahagian dalamnya, Samsung Galaxy A7 2017 menawarkan cip buatan Samsung, Exynos 7880 dengan keupayaan CPU Octa Core 1.9 Ghz. Peranti ini juga hadir dengan 3 GB RAM, 32 GB memori dalaman serta slot tambahan sehingga 256 GB.

Bagi yang gemar mengambil gambar dan berselfie, peranti ini amat sesuai untuk anda. Ia menawarkan lensa 16 Megapixel di hadapan dan belakang dengan bukaan aperture F1.9 yang amat sesuai mengambil gambar portrait dengan bokeh yang berkualiti. Tambahan pula, kameranya juga hadir dengan pelbagai fungsi dan mod fotografi termasuk Panorama, HDR serta berkemampuan membuat rakaman HD Penuh 1080p.

Harga Samsung Galaxy A7 2017 Di Malaysia

Samsung Galaxy A7 2017 kini sudah pun boleh didapati di Malaysia. Malaysia antara Negara yang terawal menerima peranti ini selepas pelancarannya pada Januari yang lalu. Harga Samsung Galaxy A7 2017 di Malysia adalah RM1899 untuk model 32 GB yang boleh didapati dalam warna emas dan juga hitam.

Lihat Juga : Senarai Harga Terkini Smartphone Samsung di Malaysia

Samsung Galaxy A7 2017 boleh didapati dari pengedar rasmi Samsung dan juga kedai atas talian seperti Lazada Malaysia.