Samsung Galaxy S8 Desktop Experience

Menurut sumber, Samsung akan membawakan fungsi seakan-akan Windows Continuum untuk peranti Android miliknya. Sekiranya ianya benar Samsung Galaxy S8 antara terawal yang akan menggunakan fungsi yang dikenali sebagai Samsung Desktop Experience.

Bagi yang pertama kali mendengar fungsi Continuum, ia merupakan salah satu fungsi yang terdapat pada smartphone perdana Windows 10 seperti Microsoft Lumia 950 dan 950 XL. Ciri-ciri ini membenarkan anda menukar smartphone anda kepada Antramuka Desktop dengan menyambungkannya ke monitor atau Smart TV, dengan sokongan Bluetooth Mouse dan juga Keyboard sudah tentunya penggunaan lebih mudah pada skrin yang besar.

Selain paparan yang lebih besar, fungsi Samsung Desktop Experience ini juga dikatakan hadir dengan fungsi multitasking. Bedasarkan gambar yang tertiris, dapat dilihat dengan jelas beberapa aplikasi dijalankan serentak sepertimana sebuah Desktop dengan sambungan mouse, keyboard dan smartphone pada monitor.

Walaubagaimana pun, masih terlalu awal untuk menduga fungsi ini akan hadir pada Samsung Galaxy S8. Samsung Galaxy S8 dijangka hadir dengan pemproses Snapdragon 835 serta 8 GB RAM yang pastinya cukup berkuasa untuk menjalankan funsi seperti ini. Namun buat masa ini masih lagi belun ada kata rasmi dari Samsung mengenai fungsi ini.

Sumber : GSMArena