Spesifikasi Huawei Honor 6X Malaysia

Honor baru sahaja melancarkan smartphone dengan Dual-Camera iaitu Honor 6X di CES 2017 hari ini. Jika sebelum ini, dual kamera banyak digunakan pada peranti perdana seperti iPhone 7 Plus, Huawei P9 dan sebagainya. Kini teknologi tersebut mula digunapakai pada peranti kelas pertengahan.

Honor 6x merupakan model kesinambungan kepada Honor 5X yang dilancarkan pada tahun lepas dengan harga jualan RM899 di Malaysia. Berita baik untuk pengguna Malaysia, Honor mengesahkan Malaysia antara negara yang terawal untuk jualan Honor 6X iaitu pada 4 Januari ini. Namun buat masa ini masih belum ada berita mengenai harga Honor 6X di Malaysia.

Mengenai spesifikasinya,Honor 6X merupakan peranti bersaiz 5.5 inci, resolusi HD1080p serta dijalankan pada Android 6.0 MarshMallow. Honor juga telah mengesahkan bahawa peranti baru ini akan menerima kemaskini Android 7.0 Nougat.

Di bahagian dalam, peranti kelas pertenghan ini dipadukan dengan pemproses HiSilicon Kirin 655 dengan CPU 8-Teras, pilihan memori antara 32 GB / 3 GB RAM atau 64 GB / 4 GB RAM serta sokongan slot microSD sehingga 256GB.

Spesifikasi Huawei Honor 6X Malaysia

Antara fungsi yang diketengahkan adalah Dual-kamera yang terdapat di bahagian belakangnya. Tidak seperti Huawie P2 yang memiliki Dual-Kamera dengan sensor yang sama, peranti ini menggunakan sensor yang berbeza dimana lensa pertama dengan 12 Megapixel dengan kebolehan PDAF manakala lensa 2 Megapixel kedua digunakan untuk mendapatkan info kedalaman. Ini bermaksud kameranya akan menghasilkan Depth Of Field atau Bokeh yang baik.

Antara ciri-ciri lain yang terdapat pada peranti ini termasuk pengimbas cap jari, bateri 3340 mAh dan boleh didapati dalam tiga pilihan warna termasuk Gray, Gold dan Silver.

Honor 6X akan mula dijual di beberapa negara termasuk US, UK, Perancis, German, Itali, India, Russia, Malaysia, Saudi Arabia, UAE dan sebagainya pada 5 Januari ini. Untuk pasaran USA, Harga Honor 6X dijual pada harga USD249.99 untuk model 32GB manakala model 64GB berharga USD299.99.

Untuk pasaran Malaysia masih lagi belum diketahui harga rasminya. Namun kami menjangkakan ia akan dijual pada harga RM1099 untuk model 32GB dan RM1299 untuk model 64GB. Untuk harga terkini Honor 6X boleh rujuk di laman Harga Huawei di Malaysia apabila model ini sudah berada di pasaran kelak.