Spesifikasi Huawei P10 Dan P10 Plus Malaysia

Kini tiba giliran Huawei pula untuk mengambil tempat MWC 2017 bagi melancarkan dua peranti perdananya iaitu Huawei P10 dan juga Huawei P10 Plus. Berbeza dengan Huawei P9 sebelum ini, model baru ini telah bawakan banyak penambahbaikan terutamanya pada reka benyuk, paparan skrin, prestasinya serta lensanya yang mendapai sentuhan dan teknologi Leica.

Spesifikasi Huawei P10 Dan P10 Plus, Dual Kamera Dengan Teknologi Leica, Cip Kirin 960

Dari segi reka bentuk dan spesifikasi Huawei P10 dan P10 Plus tidak banyak perbzaannya. Perbezaan ketaranya boleh dilihat pada paparan skrin dimana Huawei P10 dilengkapidengan 5.1 inci dengan resolusi Full-HD manakala model P10 Plus pula hadir dengan skrin yang lebih besar iaitu 5.5 inci dengan resolusi Quad-HD. P10 Plus juga memiliki skrin lengkung dibahagian kedua-dua sisinya. Kedua-duanya menggunakan  IPS-NEO LCD  dan juga dilapisi kaca Corning Gorilla Glass 5 di permukaan skrinnya.

Spesifikasi Huawei P10 Dan P10 Plus Malaysia

Reka bentuk juga dilihat begitu eksklusif dan premium dengan kerangka logam serta pilihan lebih 8 warna menarik. Seperti spesifikasi yang tertiris sbelum ini, Huawei P10 dan P10Plus menggunakan cip buatan Huawei sendiri iaitu HiSilicon Kirin 960 dan Mali-G71 MP8. Ianya merupakan CPU 8 Teras yang digunakan pada Huawei Mate 9 sebelum ini. Kedua-duanya juga hadir dengan 64 GB memori terbina, 4 GB RAM dan slot microSD 256GB. Untuk Huawei P10 Plus juga terdapat pilihan model dengan 128GB dan 6GB RAM.

Spesifikasi Huawei P10 Dan P10 Plus Malaysia

Untuk kamera, Huawei P10 dan P10 Plus dimuatkan dengan dual kamera pada bahagian belakang. kedua-duanya menggunakan sensor yang berbeza iaitu 20 Megapixel dan 12 Megapixel dengan Aperture F1.8 dan juga teknologi OIS. Selain itu kameranya juga hadir dengan Leica Optik, PDAF, dan Dual-LED Flash. Untuk selfie pula, kedua-dua peranti ini dilengkapkan dengan kamera 8 Megapixel, F1.9. Antara ciri-ciri utama yang terdapat pada Huawei P10 Dan P10 Plus seperti dibawah.

  • Paparan 5.1-inci, resolusi Full-HD, Corning Gorilla Glass 5 – Huawei P10
  • Paparan 5.7-inci, resolusi Quad-HD, Corning Gorilla Glass 5 – Huawei P10 Plus
  • Rekaan logam dengan pelbagai warna.
  • Hadir dengan platform Android 7.0 (Nougat) dan antaramuka Emotion UI 5.1.
  • Pemproses HiSilicon Kirin 960 dan GPU Mali-G71 MP8.
  • 64/128GB Memori terbina, 4/6GB RAM serta slot microSD.
  • Dual kamera (20MP + 12MP) OIS, Leica Optics, PDAF, Dual-LED Flash, 5MP kamera selfie.
  • Kapasiti bateri Li-Ion 3200 mAh untuk model P10 dan Li-Ion 3700 mAh untuk P10 Plus.
  • Pengimbas cap jari, USB Type-C, NFC
  • Sokongan Dual-SIM dengan internet pantas 4G LTE.

Harga Huawei P10 Dan P10 Plus Di Malaysia Dan Tarikh Jualan

Huawei P10 dan Huawei P10 Plus akan mulakan jualannya di lebih 30 negara termasuk Malaysia bermula bulan March ini. Harga rasmi Huawei P10 di Malaysia masih lagi belum diumumkan namun di Eropah ianya telah diumumkan seperti berikut :-

  • €650 (Sekitar RM3000) untuk Huawei P10 (64GB / 4GB RAM)
  • €700 (Sekitar RM3300) untuk Huawei P10 Plus (64GB / 4GB RAM)
  • €800 (Sekitar RM3800) untuk Huawei P10 Plus (128GB / 4GB RAM)

Jika dilihat pada harganya, ianya mungkin agak tinggi jika kita anggarkan harga Malaysia bedasarkan harga Eropah. Namun, kami percaya harga rasmi di  Malaysia jauh lebih murah. Sebelum ini Huawei P9 hanya berharga RM2099 (Harga di Eropah €599) manakala P9 Plus pula berharga RM2599 di Malaysia.