Spesifikasi LG G6 Malaysia

Akhirnya MWC 2017 yang berlangsung di Barcelona telah dimulakan dan LG antara terawal mengambil tempat bagi memperkenalkan produk terbaru miliknya. Seperti yang dijangkakan, bintang MWC 2017 iaitu LG G6 telah diperkenalkan.

Tidak seperti LG G5 sebelum ini, model kali ini tiada lagi sokongan modular namun ia hadir dengan pelbagai ciri-ciri baru termasuk paparan FullVision, kalis air dan debu, skrin yang lebih besar pada body yang kompak serta dual-kamera yang lebih baik.

Dibahagian hadapan, LG G6 membawakan paparan 5.7-inci QHD+ dengan nisbah 18:9 yang dipanggil sebagai FullVision. Berbeza dengan kebanyakan smartphone yang lain yang menggunakan skrin dengan nisbah 18:6, Skrin pada LG G6 kelihatan lebih panjang. Penggunaan nisbah 18:9 atau 2:1 membolehkan anda mendapat dua windows empat segi sama ketika mengaktifkan mod multi-windows yang terdapat pada Android 7.0 Nougat. Menurut LG juga, penggunaan nisbah 18:9 pada paparan juga memberikan pengalaman menonton video atau layari web pada penglihatan yang lebih luas.

Spesifikasi LG G6 Malaysia

Dibahagian dalamnya, LG G6 dipadukan dengan pemproses Snapdrgon 821 dengan CPU Octa-Core serta GPU Adreno 530. Walaupun tidak menggunakan cip High-End yang lebih baru seperti Snapdragon 835, cip 821 ini masih lagi antara yang terbaik untuk peranti High-End. Tambahan pula LG menggunakan paip penyejuk bagi memstikan semua komponen dalaman dalam keadaan sejuk dan baik terutama pada bahagian CPUnya. LG G6 juga hadir dengan pilihan 32GB atau 64GB yang hadir bersama 4GB RAM. Slot microSD juga disediakan dengan peranti premium ini yang boleh dipasang sehingga 256GB.

Spesifikasi LG G6 Malaysia

Untuk kamera, LG tidak pernah mengecewakan peminatnya terutama pada peranti perdana. Untuk LG G6 yang baru ini, ia hadir dengan Dual-Kamera 13 Megapixel dengan laser autofokus, sudut lebar yang luas iaitu 125° dan juga sensor bersaiz 1/3 inci. Kedua-dua lensanya menggunakan Aperture yang berbeza iaitu F1.8 dan F2.4. Kamera hadapan pula dimuatkan dengan kamera 5 Megapixel dengan sudut lebar 100°. Antara ciri-ciri utama yang terdapat pada LG G6 seperti dibawah.

  • Paparan 5.7-inci, resolusi Quad-HD+ FullVision, Corning Gorilla Glass 3.
  • Rekaan logam dengan warna Mystic white, astro black, ice platinum.
  • Hadir dengan platform Android 7.0 (Nougat) dan antaramuka G UX 6.0 UI.
  • Pemproses Snapdragon 821 dan GPU Adreno 530.
  • 32GB/64GB Memori terbina, 4GB RAM serta slot microSD (Max 256GB).
  • 13 Megapixel dual kamera (F1.8 + F2.4, OIS, Laser Autofocus), 5 Megapixel kamera selfie (F2.2).
  • Kapasiti bateri Li-Ion 3300 mAh dengan pengecasan pantas.
  • Pengimbas cap jari, USB Type-C, FM Radio, NFC
  • Sokongan Dual-SIM dengan internet pantas 4G LTE.
  • Kalis air dan debu (IP68)

Buat masa ini, LG masih lagi belum mengumumkan tarikh jualan dan juga harga LG G6. Di Malaysia, LG G5 dijual dengan harga RM2699. Bagi LG G6 pula berkemungkinan besar dijual sekitar harga tersebut.