Harga Wiko Ufeel Fab di Malaysia

Sebelum ini, Wiko telah memperkenalkan empat model smartphone pertengahan termasuk Wiko Ufeel (RM699), Ufeel Go (RM599), Ufeel Lite (RM569) dan Ufeel Prime (RM899) untuk pasaran Malaysia. Terbaru jenama dari Perancis ini melengkapkan barisan siri Ufeel dengan melancarkan sebuah peranti bersaiz besar iaitu Wiko Ufeel Fab dengan harga jualan RM799 di Malaysia.

Seperti siri Ufeel yang lain, Ufeel Fab masih lagi mengekalkan reka bentuk urban dengan kerangka logam dan juga lapisan kaca 2.5D pada skrin 5.5 inci, resolusi HD720p untuk kelihatan lebih premium dan eksklusif. Skrinnya yang besar, terang dan jelas amat sesuai digunakan untuk menonton video dan membaca dengan lebih selesa walau pun diluar bagunan dengan keadaan cahaya matahari yang terang.

Spesifikasi Wiko Ufeel Fab, Skrin 5.5″ HD720P, Kamera 13 MP, CPU Quad-Core 1.3 GHz

Harga Wiko Ufeel Fab di Malaysia

Dengan harga serendah RM799, anda boleh memiliki sebuah smartphone dengan CPU Quad-Core 1.3 GHz, 3GB RAM serta ruang memori yang besar iaitu 32GB. Sekiranya masih belum mencukupi, sudah tentunya kad microSD boleh diisi sehingga 64 GB.

Sistem kameranya juga penuh dengan pelbagai fungsi dan mod fotografi. Ia dipadankan dengan 13 Megapixel kamera utama dan 5 Megapixel kamera selfie beserta selfie flash. Kameranya juga hadir dengan pelbagai mod fotografi termasuk Panorama, HDR, Face Beauty, Mod Professional dan bnayak lagi. Ianya juga berkebolehan merakam video dalam resolusi HD1080p.

Selain menawarkan skrin yang besar, Wiko Ufeel Fab juga hadir dengan bateri yang tahan lama. Ia dimuatkan dengan bateri 4000mAh yang berkemampuan dijadikan sebagai “power bank” untuk memberi kuasa bateri untuk peranti lain. Bukan itu saja, peranti ini juga hadir dengan pengimbas cap jari yang terletak dibahagian hadapan bawah peranti. Uniknya, pengimbas cap jarinya boleh digunakan sebagai akses pantas kepada lima fungsi ditetapkan menggunakan kelima-lima cap jari yang berbeza. Dengan cara ini anda lebih mudah membuka aplikasi atau mencapai sesuatu fungsi dengan hanya menggunakan cap jari sahaja.

Wiko Ufeel Go Wiko Ufeel Go Wiko Ufeel Go
Wiko Ufeel Fab Dengan Rekaan Urban Pada Warna Hitam

Antara ciri-ciri utama yang terdapat pada Wiko Ufeel Fab seperti di bawah.

  • Paparan 5.5-inci yang besar, resolusi HD720P, lapisan kaca 2.5D.
  • Rekaan logam dengan gaya urban dalam warna hitam.
  • Hadir dengan platform Android 6.0 (Marshmallow).
  • Pemproses Quad-Core 1.3GHz dan GPU Mali-T720.
  • 32GB Memori terbina, 3GB RAM serta slot microSD (Max 64GB).
  • 13 Megapixel kamera utama, 5 Megapixel kamera selfie beserta selfie flash.
  • Bateri yang tahan lama dengan kapasiti 4000 mAh.
  • Pengimbas cap jari dengan 5 fungsi akses pantas.
  • Sokongan Dual-SIM dengan internet pantas 4G LTE.
  • Aplikasi keselamatan privasi untuk mengunci aplikasi dan data.
  • Harga Wiko Ufeel Fab di Malaysia RM799.

Harga Wiko Ufeel Fab di Malaysia

Di Malaysia smartphone premium ini telah pun berada di pasaran tempatan. Harga Wiko Ufeel Fab di Malaysia ialah RM799 yang boleh didapati dari pengedar rasmi Wiko Mobile. Untuk sebarang maklumat lanjut boleh layari laman rasmi Wiko Malaysia atau terus ke laman Facebook Wiko Malaysia.