Maxis Next M1 Malaysia

Dalam lambakan smartphone di pasaran sekarang Maxis nampaknya cuba mengambil peluang untuk mengeluarkan smartphone keluarnya sendiri. Ia dinamakan sebagai Maxis Next M1 yang merupakan peranti pertengahan bedasarkan spesifikasi yang dipaparkan di laman Maxis.

Maxis Next M1 merupakan peranti dengan skrin 5.5 inci dengan resolusi HD. Menurut Maxis, perantinya juga dikuasai oleh pemproses Octa-Core namun tidak pula dinyatakan jenis cip yang digunakan sama ada dari MediaTek atau pun Snapdragon. Di bahagian belakangnya pula terdapat kamera 13 Megapixel dengan fungsi Autofokus. Lain-lain spesifikasi masih lagi belum didedahkan.

Dari pandangan kami, Smartphone keluaran Maxis ini tidak ubah seperti salah satu model smartphone Vodafone iaitu Vodafone Smart Ultra 7 dari segi reka bentuknya. Untuk maklumat anda, Vodafone Smart Ultra 7 dilancarkan pada tahun lepas dengan skrin bersaiz 5.5-inci dengan resolusi Full-HD 1080P, Cip Mediatek MT6755M, 2GB RAM, 16GB ruang memori serta bateri Li-Ion 2960 mAh. Kameranya pula dipadankan dengan 13 Megapixel di belakang dan 5 Megapixel di bahagian hadapan.

Maxis Next M1 MalaysiaMaxis Next M1 dan Vodafone Smart Ultra 7

Berbalik pada Maxis Next M1, Maxis mempromosikan pakej semuanya dalam satu dimana dengan langganan serendan RM78 sebulan anda akan medapat sebuat peranti Next M1, 5GB data internet dan 50 minit masa bebual setiap bulan. Sekiranya perlukan lebih data, boleh membeli pas internet serendah 500MB/hari dengan RM5, 1GB/hari dengan RM8 atau 3GB/3 hari dengan RM12.

Pakej ini tertakluk kepada kontrak selama dua tahun. Sepanjang tempoh tersebut peranti tersebut akan dilindungi oleh jaminan Ultimate Care sekiranya berlakunya kerosakan dan sebagainya.

Maxis akan melancarkan pakej ini pada 3 March 2017 iaitu pada keesokan hari. Untuk maklumat lanjut boleh layari laman rasmi Maxis.