Wiko Upulse Malaysia

Wiko Mobile, Jenama dari Perancis yang tidak asing lagi di Malaysia. Ianya telah terkenal dengan siri Wiko UFeel yang merupakan smartphone pertengahan dengan ciri-ciri premium pada harga yang jauh lebih rendah berbanding pesaingnya.

Terbaru, mereka telah melancarkan smartphone baru iaitu Wiko Upulse yang juga akan memasuki pasaran smartphone pertenghaan. Rekaannya lebih fokuskan pada golongan muda dengan gaya urban, rekaan logam serta pilihan warna menarik termasuk Anthracite, Silver dan Rose Gold.

Skrinya juga besar dengn paparan 5.5 inci pada resolusi HD yang terang sesuai digunakan walaupun di bawah sinaran matahari. Untuk kelihatan lebih premium, Wiko Upulse hadir dengan 2.5D kaca lengkung pada skrinnya.

Prestasinya juga dilihat meyakinkan dengan platform terbaru Android Nougat, CPU Quad-Core 1.3 GHz serta 3GB RAM sudah tentunya peranti ini tidak mempunyai masalah untuk menjalankan pelbagai aplikasi serta permainan popular. Memori dalaman juga tersedia dengan 32GB dan sekiranya masih belum mencukupi slot tambahan microSD boleh digunakan sehingga 128GB.

Wiko Upulse Malaysia

Wiko Upulse juga mementingkan fungsi fotografi. Ia hadir dengan kamera utama 13 megapixel dengan Auto Scene Detection dimana ia mengoptimumkan kualiti gambar mengikut suasana dan keadaan gambar yang diambil secara automatik. Di bahagian hadapan pula tersedia dengan sensor 8 Megapixel untuk gambar selfi yang lebih sempurna.

Wiko Malaysia telah mengesahkan bahawa peranti ini akan memasuki pasaran tempatan kelak. Namun untuk tarikh jualan serta harga rasminya masih lagi belum diketahui. Selain dari peranti Wiko Upulse, Wiko juga turut memperkenalkan Sound Identity hasil kerjasama Sixième Son dan juga YouTuber popular, PV Nova. Jadi untuk semua model smartphone Wiko keluaran 2017 akan menerima Sound Id untuk ringtones, notifikasi dan juga pengera yang lebih menarik.