Harga Samsung Galaxy S8 Di Malaysia

Samsung Malaysia akhirnya mengumumkan harga rasmi untuk kedua dua peranti premium Samsung Galaxy S8 dan Galaxy S8+ untuk pasaran tempatan. Harga Samsung Galaxy S8 di Malaysia ialah RM3299 manakala untuk variasi yang lebih besar, Samsung Galaxy S8+ dijual dengan harga RM3699. Samsung akan mulakan tempahan awal pada 11 sehingga 13 April ini dan akan diperkenalkan secara rasmi pada 5 May ini.

Sedikit mengenai spesifikasi Samsung Galaxy S8 dan S8+ yang merupakan peranti perdana dari Samsung yang hadir dengan CPU berkuasa tinggi, Snapdragon 835, 64 GB memori dalaman, 4 GB RAM serta sokongan slot microSD. Namun di Malaysia berkemungkinan akan menerima model dengan CPU Exynos 8895 Octa.

Samsung Galaxy S8, Skrin Lebih Besar Pada Body Yang Lebih Kecil

Perbezaan antara Galaxy S8 dan S8+ boleh dilihat pada saiz paparan dan bateri dimana model Galaxy S8 hadir dengan skrin dengan skrin sebesar 5.8 inci dan bateri Li Ion 3000 mAh manakala untuk  Galaxy S8+ dilengkapi dengan skrin bersaiz 6.2 inci dan bateri Li Ion 3500 mAh. Kedua duanya menggunakan resolusi maksima 1440 x 2960 pixel yang lebih memanjang bagi membawakan rekaan dengan bezel yang nipis untuk bahagian atas dan bawah.

Samsung Galaxy S8 di Malaysia

Untuk fungsi fotografi, Samsung masih lagi mengekalkan lensa 12 Megapixel, F1,7 sepertimana terdapat pada Galaxy Note 7 yang lalu. Model baru ini juga tidak bawakan dual kamera sepertimana terdapat pada kebanyakan peranti perdana ketika ini. Kedua dua model ini juga dilengkapi dengan system penstabilan imej OIS, rakaman video 4K, PDAF dan LED Flash. Untuk kamera hadapan pula, keduaduanya hadir dengan kamera 8 Megapixel, F1.7 untuk selfie dan panggilan video.

Samsung Galaxy S8 di Malaysia

Kelebihan pada Samsung Galaxy S8 yang baru ini ialah sokongan Samsung Dex yang membawakan antaramuka Desktop apabila peranti tersebut disambungkan ke monitor atau TV. Selain itu, Samsung memperkenalkan pembantu peribadi digital yang dinamakan sebagai Bixby yang boleh digunakan menggunakan kawalan suara dan juga text.

Harga Samsung Galaxy S8 Dan S8+ Di Malaysia Dan Tarikh Jualan

Di Malaysia, Samsung Galaxy S8 dan S8+ akan mula dijual secara rasmi pada 5 May ini dengan harga jualan RM3299 dan RM3699. Bagi yang berminat boleh membuat tempahan awal bermula 11 hingga 13 april ini melalui laman rasmi Samsung Malaysia.