Honor 8 Pro

Selain smartphone pertengahan Honor 6C, Honor juga telah melancarkan sebuah phablet bersaiz 5.7 inci iaitu Honor 8 Pro yang hadir dengan spesifikasi atasan, rekaan premium serta dual kamera di bahagian belakangnya. Ianya akan memasuki pasaran Eropah tidak lama lagi dengan harga jualan €549 untuk model 6 GB RAM atau bersamaan sekitar RM2599 untuk pasaran Malaysia kelak.

Spesifikasinya standing dengan phablet perdana yang lain. Ia dilengkapi dengan paparan bersaiz 5.7 inci dengan resolusi Quad HD 1440 x 2560 pixel yang membawakan paparan yang cukup terang dan terperinci. Kameranya juga agak cemerlang dengan penggunaan Dual-Kamera 12 Megapixel sebagai kamera utama dengan aperture F2.2, Dual LED Flash serta berkemampuan merakam video 4K 30fps. Kamera hadapanya pula membawakan lensa 8 Megapixel yang cukup sempurna untuk mengambil gambar selfie yang baik.

Smartphone yang tersedia dengan Android 7.0 Nougat ini juga dikuasai oleh pemproses Kirin 960 yang hadir bersama GPU Mali-G71. Ia juga dipadankan dengan 6 GB LPDDR4 RAM, 64 GB memori serta sokongan slot microSD yang boleh diisi sehingga 256GB.

Honor 8 Pro

Honor 8 Pro turut hadir dengan bateri sebesar 4000 mAH, sokongan Dual SIM dan 4G LTE, serta sokongan pengimbas cap jari dan USB Type-C.

Honor 8 Pro boleh didapati dalam tiga pilihan warna termasuk hitam, biru dan emas yang boleh didapati bermula 5 April untuk pasaran Eropah dengan harga jualan €549 atau £474. Untuk pasaran tempatan masih belum diketahui mengenai harga rasmi serta tarikh jualannya. Namun harga Honor 8 Pro di Malaysia dijangka sekitar RM2599 apabila berada di pasaran tempatan kelak.