Huawei Honor 6C

Pengeluar telefon bimbit dari China, Honor telah melancarkan smartphone pertengahan mereka iaitu Honor 6C. Ia merupakan model penjenamaan semula daripada model Huawei Enjoy 6S yang dilancarkan January yang lalu untuk jualan China sahaja.

Bedasarkan spesifikasinya, sudah tentu peranti ini akan bersaing bersama model-model mid-range yang lain. Ia dikuasai oleh platform Android 6.0 Marshmallow dan EMUI 4.1 diluar kotak dan tiada kata putus dari Honor untuk kemaskini Android Nougat pada peranti ini buat masa ini.

Honor 6C menggunakan paparan bersaiz 5.0 inci dengan resolusi HD 720P berserta sokongan Dual SIM dan 4G LTE. Di bahagian dalamnya, smartphone kecil ini dipadukan dengan pemproses Snapdragon 435, 3 GB RAM, 32GB memori serta slot microSD.

Huawei Honor 6C

Di bahagian belakangnya terdapat 13 Megapixel kamera dengan bukaan F2.2, PDAF dan juga LED Flash. Lensa hadapannya pula dimuatkan dengan 5 Megapixel kamera hadapan yang cukup baik untuk mengambil gambar selfie.

Honor 6C akan berada di pasaran Eropah tidak lama lagi dengan harga jualan sekitar €229. Bedasarkan spesifikasinya, mungkin model ini kelihatan agak mahal untuk sebuah smartphone dengan spesifikasi rendah. Di Malaysia, Honor 5C dijual dengan harga RM799 manakala model baru ini berkemungkinan akan dijual dibawah RM1000 apabila berada di pasaran tempatan kelak.