Apple iPad Mini 4

Apple dilaporkan akan menamatkan tablet bersaiz 7.9 inci, Apple iPad Mini pada masa akan datang. Tablet yang mula diperkenalkan pada tahun 2012 itu kini sudah pun mempunyai 4 generasi sehingga Apple iPad Mini 4 yang diperkenalkan pada tahun 2015. Untuk tahun 2016 sehingga kini tiada kemaskini untuk tablet 7.9 inci tersebut.

Menurut sumber, pasaran iPad Mini semakin merudum akibat persaingan antara produk Apple itu sendiri. Sejak munculnya iPhone bersaiz besar 5.5 inci seperti yang terdapat pada Apple iPhone 7 Plus dan siri iPhone Plus yang lain membuatkan pengguna kurang berminat untuk mendapatkan iPad Mini. Tambahan pula kemunculan iPad Pro yang jauh lebih berkuasa memberikan lagi persaingan kepada tablet kecil tersebut.

Buat masa ini masih lagi belum diketahui bilahkah Apple akan menghentikan jualan untuk Apple iPad Mini 4. Sehingga hari ini, Apple masih menjual produk tersebut di laman rasmi meraka. Namun hanya terdapat model 128 GB sahaja yang dijual dengan harga RM1899 untuk model Wifi dan RM2549 untuk model Selular.

Sumber : BGR