Ciri-Ciri dan Fungsi Android O

Semalam berlangsungnya Google I/O yang merupakan satu majlis khas bagi Google memperkenalkan perkara atau produk baru keluarannya. Yang menjadi perhatian pada acara tersebut sudah tentunya pada platform terkini peranti mudah alih, Android O.

Dua bulan lalu, Google telah pertama kali memperkenalkan Android O Developer Preview iaitu pada bulan March lalu dan pada majlis yang berlangsung semalam mereka mendedahkan dengan lebih terperinci mengenai funsi-fungsi baru yang terdapat pada Android O. Nama sebenar “O” masih lagi belum diumumkan dan dijangka akan dapat diketahui pada suku ke-3 tahun ini atau penghujung bulan Ogos apabila platform ini telah bersedia untuk dikeluarkan kepada umum.

Buat masa ini, Android O di peringkat Beta dan bagi pengguna Google Pixel, Pixel XL, Pixel C, Huawei Nexus 6P, LG Nexus 5X dan Asus Nexus Player boleh mencuba versi Beta ini di peranti anda. Layari Android O Beta Program untuk maklumat lanjut. Jadi, apakah ciri-ciri terbaru yang terdapat pada platform Android O yang baru ini.

Picture In Picture

Ciri-Ciri dan Fungsi Android O

Ini mungkin salah satu fungsi yang dinanti-nantikan pengguna Android. Fungsi ini akan meningkatkan penggunaan multitasking yang lebih efektif terutamanya bagi yang gemar menonton video sambil membuat perkara lain. Dengan video YouTube yang sedang dimainkan, hanya tekan pada butang Home dan satu tetingkap kecil video YouTube akan keluar di skrin. Dan anda boleh lakukan kerja-kerja lain seperti mesej, layari Facebook sambil menonton video kegemaran. Menarik bukan?.

Notification Dots

Ciri-Ciri dan Fungsi Android O

Android O masih lagi mengekalkan antaramuka yang hampir sama dengan platform sebelum ini. Cuma versi ini terdapat dua pilihan warna dengan latar cerah ataupun gelap. Sistem notifikasinya juga telah ditambah baik dengan fungsi baru yang dinamakan sebagai Notification Dots. Apabila terdapat notifikasi, terdapat titik kecil di Icon aplikasi tersebut dan bila ianya ditekan lama (Long Press), Window Pop-Up akan muncul menunjukan notifikasi yang lebih terperinci.

Smart Text Selection

Ciri-Ciri dan Fungsi Android O

Kini fungsi Copy/Paste akan lebih mudah melalui Android O dimana platform baru ini lebih bijak dan mengetahui apa yang ingin di Copy seperti no telefon, alamat, nama kedai dan sebagainya. Sebagai contoh anda ingin menyalin alamat daripada email yang baru diterima. Anda hanya perlu “Tap” pada alamat tersebut dan Android akan highlight-kan keseluruhan alamat tersebut secara automatik. Sebeum ini kita perlu highlight secara manual pada keseluruhan alamat.

Auto Fill Password

Ciri-Ciri dan Fungsi Android O

Jika sebelum ini hanya Google Chrome yang mengingat username dan password ketika pertama kali Log masuk ke sesuatu website. Kini dengan Android O, Aplikasi juga berkemampuan melakukan perkara yang sama bagi memudahkan akses ke aplikasi tersebut tanpa memasukan password dan username berkali-kali.

Keselamatan Aplikasi

Ciri-Ciri dan Fungsi Android O

Google juga telah mengumumkan Google Play Protect yang akan mengimbas dan mengenal pasti setiap aplikasi yang terdapat pada Google Play bagi memastikan keselamatan maksimum pada pengguna Android. Menurut Google, mereka telah mengesan lebih 50 bilion aplikasi yang dimuat-turun setiap hari bagi memastikan pengguna mengguna aplikasi yang selamat. Imbasan juga boleh dibuat oleh pengguna secara manual melalui aplikasi Google Play Store.

Pengoptimuman OS Dan Bateri

Ciri-Ciri dan Fungsi Android O

Google telah berusaha bagi menghasilkan platform yang pantas dengan penggunaan bateri dan memori yang lebih efektif.  Menurut Google, Android O memiliki masa boot dua kali lebih pantas berbanding versi sebelum ini. Jangka hayat bateri juga turut ditingkatkan dengan mengehadkan aplikasi-aplikasi yang berjalan dilatar.

Android Go

Ciri-Ciri dan Fungsi Android O

Google tidak mengabaikan pada peranti mampu milik dimana meraka telah melancarkan pembangunan khas yang dinamakan Android Go bagi memastikan Android O bejalan lancar di peranti mampu milik dengan CPU dan memori yang terhad terutamanya untuk peranti 1GB RAM dan kebawah. Peranti ini akan menggunakan aplikasi khas yang lebih ringgan seperti YouTube Go, Facebook Lite, Twitter Lite, Chrome dengan fungsi penjimatan data dan sebagainya.