Harga Asus Zenfone Live di Malaysia

Berita baik bagi yang gemar membuat video strim secara lansung di laman sosial dimana Asus Malaysia baru sahaja melancarkan sebuah peranti mampu milik iaitu Asus Zenfone Live yang lebih mengfokuskan kepada penstriman video secara langsung. Harga Asus Zenfone Live di Malaysia ialah RM649 yang kini ditawarkan secara rasmi melalui Lazada Malaysia.

Selain dari fungsi penstriman video secara lansung, Asus Zenfone Live merupakan sebuah model mampu milik yang dilengkapi dengan skrin bersaiz 5.0 inci dengan resolusi HD720p. Peranti dengan platform Android 6.0 Marshmallows ini juga hadir dengan CPU Quad-Core 1.2 Ghz dan GPU Adreno 306 daripada cip Qualcomm Snapdragon 410.

Dibahagian dalamnya juga turut hadir dengan pilihan memori 16 atau 32 GB yang hadir bersama dengan 2 GB RAM. Bagi di Malaysia, hanya model 16 GB akan ditawarkan. Untuk fungsi kamera, peranti ini dipadankan dengan 13 Megapixel di bahagian belakang dan 5 Megapixel kamera selfie. Kedua-dua lensa hadapan dan belakangnya hadir dengan LED Flash untuk gambar fotografi yang lebih cerah.

Asus Zenfone Live, Smartpone Pertama Dengan Real-Time Beautification untuk Facebook, YouTube dan Instagram

Asus Zenfone Live akan hadir dalam tiga pilihan warna termasuk emas, merah jambu dan hitam. Ia turut dilengkapi dengan FM Radio, sokongan Dual-SIM, bateri Li-Ion 2650 mAh dan tanpa pengimbas cap jari.

Dengan peranti ini membolehkan anda membuat video langsung ke Facebook dan YouTube dengan lebih mudah. Ia dijual dengan harga yang agak mampu milik untuk pasaran Malaysia dengan harga serendah RM649. Untuk 100 pembeli pertama di Lazada akan menerima ZenStick dan juga Earphone Bluetooth Remax RB-T15 secara percuma.